Keputihan
Nama saintifik:
Fluor Albus @ Leukore
Sejenis cairan atau
lender yang berlebihan keluar dari vagina wanita.
Qassah al-baida’
Sebahagian ulama
berpendapat bahawa cecair ini berwarna putih dan keluar pada hari-hari akhir
haid. Cecair ini keluar dari dalam faraj (pangkal rahim).
Kudrah
Cecair ini berwarna
keruh atau coklat. Keluar sebelum atau selepas haid. Kudrah juga keluar dari
dalam faraj (pangkal rahim).
Suffah
Cecair ini berwarna
kuning. Keluar sebelum atau selepas haid melalui pangkal rahim.
Rutubah al-faraj
(Kelembapan faraj)
Cecair ini akan
melembabkan kawasan faraj jika diletakkan kain. Cecair ini mengekalkan sifat
faraj yang neutral. Cecair ini tidak berbau dan berada pada bibir faraj
(vulva). Boleh diumpamakan seperti peluh pada badan atau air liur yang sentiasa
ada. Nama lain bagi cecair ini ialah keputihan apabila ia dirembeskan secara
berlebihan dan berubah sifat-sifatnya.
Wadi
Lendir putih yang
keluar setelah proses membuang air kecil ataupun keletihan keran terlalu kuat
bekerja. Wadi keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau serviks).
Mazi
Cecair ini seperti
lendir air yang sangat jernih tetapi likat. Cecair ini terembes kelaur kerana
terangsang syahwat dari dalam faraj (pangkal rahim). Air mazi dibersihkan dengan menyucinya.
Rasulullah
saw bersabda, mafhumnya:
“Hendaklah ia menyucikan
kemaluannya dan kedua-dua buah zakarnya.” (Riwayat Abu Daud)
Jika terkena pada kain, memadai
dengan memercikkan air padanya. Sahl bin Hunaif pernah mengutarakan permasalahan
ini kepada Rasulullah saw, jawab Baginda:
“Memadai engkau mengambil
seraup air kemudian merenjis pada pakaianmu di mana sahaja kamu lihat ada kesan
mazi.” (Riwayat al-Tarmizi)
Mani
Cecair ini
seolah-olah seperti lendir lembut yang berwara putih atau kuning yang terembes
keluar ketika kemuncak syahwat saat bersetubuh. Mani tidak membatalkan wudhu’
walaupun keluar dari vagina. Mani tidak dikira sebagai najis. Kesan air mani
yang terkena pada pakaian hanya perlu dikikis dan boleh digunakan semula.
(Hadis riiwayata Muslim darioada Aisyah ra).
wallahu a'lam...
InsyaAllah, pada kesempatan akan datang, permasalahan sama ada keputihan najis atau bukan najis akan dikongsikan bersama...
InsyaAllah, pada kesempatan akan datang, permasalahan sama ada keputihan najis atau bukan najis akan dikongsikan bersama...
sumber inspirasi
solusi, isu 40.
Misteri poligami.ms;95. Solat dan wuduk wanita yang bermasalah keputihan(bhg
I), zizi azlinda mohd yusof.
Solusi isu 41,
tutup aurat supaya selamat. Ms:95. Solat dan wuduk wanita yang bermasalah
keputihan (bhg II), zizi azlinda mohd. Yusof.
Solusi isu 29,
mencipta syurga rumah tangga, ms:85. Metode menghilangkan najis (bhg II). Husna
Hassan
No comments:
Post a Comment