Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Memeluk ISLAM Kerana Mengkaji Wudhuk


Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui

sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.


Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan

kaki.



Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu 

yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan 

kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.



Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara 

kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti 

fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.






Hikmah Wudhu



Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk   

memelihara kebersihanfizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh 

dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk 

mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana 

itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.




Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air 

wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan 

dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.




Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan 

membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa 

yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan 

setiap hari?




Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota 

yang paling berisiko untuk melakukan dosa. Fakta Organ tubuh yang menjadi 

anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki 

sehingga hujung kaki.




Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah 

dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.



Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan 

bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).



Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, 

dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu 

berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.




Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai 

orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan 

solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk 

menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan 

wudhu.





Cara Wuduk Rasulullah s.a.w


Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara 

Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak 

tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk 

mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air 

yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga 

kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. 

Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan 

kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh 

kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w 

mengambil wuduk .”    (Muslim )





Huraian


Wuduk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan 

ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan 

mungkar kerana wuduk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan 

sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah 

merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-

dosa besar.





Wallahu’alam….

Saturday, August 20, 2011

Singkaplah Tabir Terakhir Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt buat teman dan sahabat PenaPGPI. 


Pejam celik kita sudah pun berada didalam 10 Ramadhan terakhir. PenaPGPI ingin mengajak teman dan sahabat juga diri untuk bersama-sama kita merebut pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!


Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A. Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.
Disini, PenaPGPI ingin berkongsi bersama-sama teman TIPS dalam kita menghadapi 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN.. Jom baca!

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
Singkaplah TABIR di 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN~
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments SEGERA agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

edit dari iluvislam

Di dalam bulan Ramadhan 
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Itulah dia malam al-Qadar
Hadiah pada hambaNya yang bertaqwa

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai 
Dengan seribu bulan

Singkaplah tabir
Di sepuluh malam terakhir
Berlumba kita mencari keredhaanNya
Hidupkanlah malam beribadah dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan

Malam apakah ini?
Kiraannya 83 tahun
Melangkaui kadar lazim biasa umum
Usia umat nabi pilihan
Beruntunglah bagi hamba

Di dalam bulan Ramadhan 
Ada satu malam
Barangsiapa yang mengidupkan 
LailatulQadar
Akan diampunkan dosa-dosanya yang silam

Raihan
Lailatul Qadar

notakaki: 
AYUH SAHABAT! KITA TINGKATKAN MOMENTUM DIRI DALAM 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN INI!! AYUH SAMA-SAMA KITA HIDUPKAN MALAM2 TERAKHIR RAMADHAN!

Sunday, March 27, 2011

Jagailah Solat Kita Sebaiknya

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur kepada ALLAH swt kerana PenaPGPI dapat bersua lagi teman-teman untuk kali kedua dalam minggu ini. Moga teman-teman dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya (dengan izin ALLAH jua). Pada kali ini, PenaPGPI ingin berkongsi sebuah kisah benar yang telah ditulis oleh seorang rakyat Malaysia Muslim. Oleh kerana kisah yang ditulisnya amat berkaitan hampir kebanyakan teman-teman di luar sana, maka PenaPGPI bawakan ia ke dalam blog ini. Moga kisah dan pengajaran yang ingin diberitakan, dapat diambil serius oleh teman-teman dan juga penulis di PenaPGPI sendiri. Jom kita baca.

Takkan Subuh Pukul 7 kot?

Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya.
(Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud)


MUSAFIR

Baru-baru ini saya menaiki bas KKKL pukul 8.30pm dari Kota Bharu ke Batu Pahat. Perjalanan ke sana adalah sebagai memenuhi hak seorang Muslim apatah lagi Muslim itu adalah sahabat kenalan saya, pernah sehalaqah ketika di UTM dahulu.

Jemputan itu adalah memenuhi undangan akhi Anizan yang sudah pun bergelar suami kepada ukht Siti Hamidah, seorang akhwat di bahagian Selatan yang saya tidak kenali.

Ketika saya menaiki bas ke KKKL ke Batu Pahat, saya mengagak bas tersebut akan sampai di stesen bas Batu Pahat dalam waktu Subuh, ternyata ia meleset. 


Bas saya ke Batu Pahat itu rupanya berhenti di beberapa destinasi, Seremban, Melaka, Muar dan Batu Pahat. Ketika sampai di satu perhentian bas, hampir 20 karkun tabligh masuk ke dalam bas. Mereka sudah menempah hampir separuh dari bilangan 'seat' dalam bas tersebut. Saya percaya, bas ini nanti akan dipenuhi dengan alunan zikir dan setidak-tidaknya, kehadiran mereka membuat saya rasa lebih selesa. Pemandangan karkun tabligh memakai jubah dan serban putih amat menenangkan hati saya.

Disebabkan banyak perhentian, ternyata, pukul 6.00am itu bas baru masuk ke negeri Melaka. Saya fikir bas tersebut akan berhenti di mana-mana masjid di tepi jalan untuk solat Subuh. Pada perkiraan saya, drebar Melayu, malah orang Kelantan, takkan tak berhenti solat Subuh.

Salah seorang dari tabligh saya nampak menuju ke tempat drebar bas memandu, saya percaya mungkin dia nak tanya Subuh kat mana. Nampaknya, karkun tabligh tadi berjalan balik ke tempat duduk, saya tanya, Subuh kat mana? dia kata drebar jawab, dekat Melaka Sentral. Jam sudah 6.15a.m, perjalanan ke Melaka Sentral pasti mengambil masa hampir sejam. Tak mungkin saya lewat Subuh dalam sedar hari ini. No way...


Seorang tabligh lain kata, "Allah tak marah ke?"


Saya jawab, "enta pergi kat drebar, suruh dia berhenti tepi jalan".


Karkun tabligh yang kedua pergi mendakwahi drebar tadi, saya nampak tabligh tadi cakap slow sangat. Sungguh sopan penuh lembut.


Janganlah kau meruntuhkan tiang agama Islam!
Gerunlah dengan azabNya!
Ternyata, ia tak memberi kesan pada drebar tadi.

Dan kini giliran saya berdakwah. Jam dah 6.30am. Sikit lagi masuk Syuruk. Sebarang perlanggaran kepada waktu Solat ini akan menyebabkan drebar bas ini masuk ke lembah kehinaan kerana dia tak solat dan menyebabkan penumpang yang majoriti Islam tak solat. Ini tak boleh jadi. 


Saya nak buat laporan polis kalau bas ni tak berhenti. Saya bagitahu zaujah saya yang satu itu melalui SMS bahawa abang tak teragak-agak buat repot polis kalau bas ni tak berhenti kerana sudah melanggar hak-hak kaum Islam beribadah kerana tidak berhenti Solat Subuh. Ia satu kewajipan malah rukun Islam. 

Solat membezakan Islam dan Musyrik.

Jam 6.35a.m, saya dah kepanasan menunggu bas yang tak berhenti-henti untuk solat Subuh.
Saya meluru ke depan...
"Encik, Saya minta encik berhenti, berhenti, kami nak solat Subuh!", saya mulakan pengarahan.

"Ala, orang lain pun maye(sembahyang) jugok", drebar tu menjawab.

"Ya lah, takkan Subuh pukul 7 kot!", saya jawab balik.


Bas tu terus berhenti di Masjid Alor Gajah, kurang lebih 20 meter setelah saya mendesak drebar itu berhenti. Saya dengan gembiranya turun solat Subuh, itupun dah lewat. Saya solat jemaah bersama barisan karkun tabligh itu.


Selesai solat, saya yang pertama kali keluar dari masjid. Saya nampak drebar bas itu hanya menunggu di tepi bas. Saya percaya 99%, drebas bas Melayu itu tidak solat Subuh.

PENGAJARAN


Tujuan saya menulis ini adalah untuk mengajak kita semua, terutama penumpang bas yang beragama Islam, jangan biarkan hak kita sebagai Muslim ternoda hanya kerana kita menyerah kalah kepada drebar yang tidak mahu mempraktikkan Islam. Yang tidak solat.
Tak kira anda lelaki atau wanita, pertahankan hak anda sebagai Muslim. Kita punya banyak musuh, boleh jadi musuh kita adalah bukan Islam termasuk yahudi dan Nasrani dan boleh jadi daripada orang Islam sendiri termasuk munafikin dan fasikin.

Kemudian, anda harus selalu ingat, bahawa solat di awal waktu itu adalah tuntutan daripada Nabi SAW sendiri.

Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya. (Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani mensahihkannya.

Dalam surah an-nisa' ayat 103, Allah berfirman, 
"Sungguh, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman."


Sekian,  

Zikri

Bandar Seri Iskandar, Perak.

SUMBER: HALAQAH.NET

Thursday, March 24, 2011

Tidur dan Solat Tahajjud

SOLAT tahajjud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajjud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajjud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

Al-Muzzammil:5-6


TIDUR DAN SOLAT TAHAJJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya’ sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah (SWT) dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhn mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah (SWT).” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )


PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.

Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.”

Maksudnya “Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.”

“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” - Longfellow

Maksudnya “Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.”

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajjud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajjud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah (SWT) itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajjud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah (SWT) Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.


RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Innasolatiwanusuki wamahyaaya wamamaati
 LILLAHIRABBIL'ALAMIN
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Solat tahajjud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

SUMBER : HALAQAH.NET