Showing posts with label Ingatan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Ingatan Bersama. Show all posts

Monday, December 31, 2012

KEYAKINAN ROMAWI TEHADAP BULAN JANUARI



Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, semoga Allah merahmati dan melindungi kita semua. Sedikit perkongsian buat diri dan saudara-saudaraku seiman dan seakidah. Semoga bermanfaat. InsyaAllah…

Menurut kepercayaan orang Romawi, bulan Januari diambil sempena nama dewa Romawi, iaitu Janus. Janus mempunyai dua muka, satu muka menghadap ke hadapan dan satu lagi menghadap ke belakang. Dua muka tersebut menggambarkan bahawa mereka melihat masa depan dan meninggalkan masa lalu. Janus diyakini oleh orang Romawi sebagai dewa penjaga gerbang Olympus ataupun lebih dikenali sebagai The God of Gates. Doors and beginning. Gerbang ini dianggap sebagai gerbang menuju tahun yang baru.

Janus; god of gates

Selain itu, Januari merupakan puncak musim dingin. Oleh kerana terlalu dingin, kebanyakan aktiviti pekerjaan dihentikan untuk sementara waktu, atau bahasa mudahnya, holiday (hari cuti). Mereka juga menetapkan bulan Januari sebagai bulan pertama setiap tahun dalam kalendar Masihi. Mereka merayakan hari tersebut dengan saling memberikan hadiah, memberikan potongan dahan daripada pohon suci, memberikan kacang atau kuih lapis emas dengan gambar dewa Janus. Pada zaman ini, ada sebahagian daripada mereka yang mendedikasikan 1 Januari kepada dewa Janus.

Kesimpulannya, setiap perayaan yang dirayakan oleh mereka mempunyai sejarah dan keyakinan tersendiri. Walaupun kita merayakan tahun baru tanpa berdasarkan keyakinan tertentu, hanya sekadar menyambutnya, itu juga dilarang. Berkumpul sehingga larut malam, menunggu detik dua belas tengah malam, itu sama sahaja seperti kita membenarkan apa yang mereka yakini. Nauzubillah. Kalau sudah terbiasa stay up sampai dua tiga pagi, wallahu a’lam. Jangan bazirkan kredit untuk mengucapkan tahun baru kepada rakan-rakan yang sentiasa dalam ingatan kita. Doa kita setiap hari buat mereka lebih berharga daripada mesej yang berkala seperti ini. Tambahan pula, perkara ini tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, Nabi kita yang mulia yang sepatutnya menjadi idola dan ikutan kita. Jadi, buat biasa-biasa saja seolah-olah tiada yang ‘special’.

Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu 'Umar, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka."

Cukuplah bagi kita yang meredhai Allah subhanallahu wa taala sebagai Tuhan kita, Islam sebagai agama kita dan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sebagai nabi kita, merayakan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha sahaja. Dua hari ini adalah hari yang penuh dengan keberkatan dan hari kemenangan umat Islam. Ditambah dengan Hari Jumaat, iaitu Penghulu Segala Hari juga merupakan hari yang dilebihkan daripada enam hari yang lainnya oleh Allah subhanallahu wa taala. Kita juga mempunyai hari yang special, jadi raikan hari-hari tersebut juga berdasarkan apa yang telah disyariatkan. Hari kemenangan yang sesungguhnya adalah apabila kita memasuki syurga Allah subhanallahu wa taala, dan pada hari itu kita boleh bergembira sepuas-puasnya. Sabarlah dalam mengamalkan sunnah. Akhir zaman yang penuh dengan fitnah ini, maka sebaik-baiknya hindarilah diri kita daripada syubhat-syubhat yang boleh merosakkan akidah dan agama kita.

Jika sudah terbiasa, tetapi bertentangan dengan sunnah, maka tinggalkanlah. Ini adalah bukti cinta kita buat Allah subhanallau wa taala dan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita meninggalkan apa yang tidak diajarkan oleh Islam dan menghindarkan kita daripada mengamalkan perkara-perkara yang tidak mempunyai dasar dalam Islam.




p.s: Tidur awal malam ni, esok kan dah kena balik maktab. It’s a long journey, semoga musafir kita diberkati dan bernilai pahala di sisi Allah Rabbul Izzati. Selamat menempuh semester yang baru, semoga lebih cemerlang daripada yang sebelumnya. 

Wallahu a’lam.




Rujukan
Kisah menawan sang teladan, radio Rodja.
Iluvislam.com



Wednesday, November 14, 2012

Ya Allah....amin.




salam...sedikit perkongsian buat diri dan rakan-rakan...

Berdoalah. Allah suka kepada mereka yang berdoa. Di mana sahaja, bila-bila masa, senang atau susah. Linenya sentiasa full.






Doa ini adalah doa Nabi Musa as setelah baginda berbicara dengan Allah dan menerima perintah.



“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang.” (Al-A’raaf:151)

Doa ini adalah doa para pemuda Ashabul Kahfi semasa mereka melarikan diri daripada raja yang zalim.



“…Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).”
 (Al-Kahfi: 10)

Doa ini dibaca oleh nabi Musa as selepas baginda terbunuh seorang Qibti yang bergaduh dengan seorang bangsa Israel di tengah pasar.

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku.” (Al-Qashash)

Doa ini juga dibaca oleh Nabi Musa as, memohon kepada Allah agar dilapangkan dadanya bagi menghadapi raja zalim, Firaun.




  
          “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah kekauan dari lidahku. Supaya mereka mengerti perkataanku.” (Thaahaa; 25-28)

Ayat Seribu Dinar.


          “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-disangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ath Thalaaq; 2-3)

May those benefit us.... 
Together we achieve Mardatillah....

14112012_
2131_ 


RUJUKAN:

Hlovate. (2008). Tunas. Ms:32-34.Ampang: Jemari Seni Publishing

The noble Quran, http://quran.com


Monday, July 30, 2012

Hamba Ramadhan atau Hamba Allah?



Moga kita semua merupakan hamba ALLAH yang menjadikan Ramadhan ini sebagai titik perubahan dalam hidup terutama dari segi penghayatan amal ibadah. Jangan pula merasakan, "Oh, maksudnya aku tak bolehlah nak lakukan amalan ekstra dalam bulan puasa sebab sebelum ini pun aku tak tak pernah/jarang buat semua tu."

Duhai sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.....bukan begitu.

Seperti yang ditulis tadi, jadikanlah Ramadhan pada kali ini sebagai titik permulaan untuk kita mula melatih diri untuk solat berjemaah di masjid, qiamulail (sedikit demi sedikit. dapat solat sunat tahajud 2 rakaat pun dah kira baik untuk permulaan) dan sebagainya andai sebelum ini tidak pernah atau jarang sekali kita laksanakan. Selepas tamatnya bulan Ramadhan kelak, andai dipanjangkan usia, cubalah untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Tidak dapat dua hari, sehari pun ok. Tekadkan azam dan pasangkan niat untuk terus istiqamah menambah amal ibadah kita sehingga kita keluar dari madrasah Ramadhan ini. insyaALLAH..
sekadar ingatan buat sahabat-sahabat dan krew PenaPGPI sendiri. 

aLlahu'alam. =)

Sunday, May 13, 2012

ROMANTICISM- WEAPON OF SATAN (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hopefully, this article would benefit us....


The title is actually title of a book, written by Harun Yahya.  You can get this book via mr google, just type the title, and yeah, InsyaAllah you would find the website. Some quotes from the book would be included.


What is Romanticism???


What comes to your mind while spelling out the word. People might have define it in different ways, but what is romanticism according to Islam? Literary criticism? Yeah, actually it is, this book pointing on something else. So, it must be something to do with romance, love, couple. Part of it, but, it does not limited to the love between man and woman, there are other love which regard as romanticism. But, we would like to discuss it later.


"In societies where the practise of religion has lapsed, it is often the case that what is true comes to be regarded as false, and, conversely, what is false is regarded as true."


Harun Yahya defined romanticism as follows:


There is subtle danger that leads people away from religion, prevents them from submitting to God as their Lord, and ultimately, brings numerous other forms of trouble and distress upon them. This danger is romanticism, which leads people to live, not according to their reason, but according to the their emotions; that is, according to their desires, hatreds, their susceptibility to temptations and their whims.

Sentimentalism, or in other words, romantic longing, makes itself known most often under the guise of "love". 


Sentimentality has become part of cultural ignorance that has now brought millions of people throughout the world under its influence.


Movies, magazines, books, novels, songs, both printed  and non-printed materials, they are main contributors to the variety of love story nowadays. They are defining love in different ways but still they share same characteristics, everything is right when it comes to love. Bravo. We find that we cannot avoid from it, it has becoming part of our lives. Why bother to run from it? 


Is that what you are going to answer when you meet Allah?


"Love is indeed a wonderful emotion, accorded to humanity by God, but it is important to distinguish whether it is real, who it is directed to, what sentiments it is founded on."


"Our inner-self always urging us to do wrong, with Satan instigating us to commit even greater wrongs."


Have you seen him who takes his whims and desires to be his god-whom God has misguided knowingly, sealing up his hearing and his heart and placing a blindfold over his eyes? Who then will guide him after God? So will you not pay heed? (Quran, 45:23)


Allah grants us with aql, which make us special from other creatures. Use it wisely. He brings us into existence for reason, we have mission to be accomplished in this earth.  He has chosen us to be a Muslim, sebaik-baik umat. Be thankful to Him. 


Wassalam....



















Tuesday, May 8, 2012

WAJIB/ HARAM Dengan Siapa?


Khas buat muslimah..~




 Khas buat muslimin..~



SUMBER : Srikandi Muslimah



NOTA KAKI: 
Lepas ini, harapnya tiadalah lagi kekeliruan yang bermain dalam otak terutama sekali masa menziarahi sanak saudara...~

Sunday, March 4, 2012

A,B,C atau D?

Anda mahu tahu bagaimana masyarakat islam zaman sekarang? Secara amnya, kita boleh bahagikan kepada empat golongan. Golongan A, B, C dan D. 
1. A = AWAM
Masyarakat yang tergolong dalam kategori awam adalah masyarakat yang islam hanya pada nama, yakni islam 'I' (besar) dan bukan islam 'i' (kecil). Faham istilah 'i' (kecil) dan 'I' (besar)? Baiklah, mari kita lihat contoh seperti di bawah.
Seorang budak berkata 'saya Jahat'. Kita lihat pada J (besar) yang mana maksudnya nama budak tersebut 'Jahat' tetapi tidak bermakna sikap atau perbuatan budak tersebut jahat. Seperti mana yang kita belajar dalam pelajaran Bahasa Melayu, kata nama perlu dimulakan dengan huruf besar bukan? Baiklah, sekarang seorang budak yang lain pula berkata 'saya jahat'. Sekali lagi kita lihat pada j (kecil) yang mana maksudnya budak tersebut memang jahat sama ada dari segi perbuatan atau sikap. Tetapi nama budak tersebut tidak semestinya Jahat. Mungkin Abu, Ali, Seman dan sebagainya.
Sekarang, kita aplikasi konsep ini pada islam/Islam. ISLAM i (kecil), maksudnya seseorang itu memang mengamalkan cara hidup sebagai seorang islam. Dia solat, puasa dan melakukan ibadah-ibadah lain. Manakala ISLAM I (besar), seseorang itu meletakkan islam hanya pada nama. Islam hanya dalam IC, tetapi hakikatnya dia tidak pernah bersolat, berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah yang wajib dilaksanakannya.
Dan sudah terang lagi bersuluh, golongan A ini semakin menguasai dunia. Boleh kata mereka ini golongan majoriti. Tamat penuh. 
2. B = BIASA
Golongan yang kedua dinamakan golongan biasa. Masyarakat yang tergolong dalam kategori biasa ini mungkin mengaplikasikan ISLAM i (kecil). Mereka bersolat, berpuasa, dan beribadah dengan baik.  Mereka buat ibadah-ibadah wajib. Tetapi, golongan ini mempunyai sedikit perasaan 'cukup' dalam diri mereka. Bagi mereka, cukup sekadar membuat ibadah-ibadah wajib.
Analoginya, mereka mempunyai Sim Card. Sama ada Celcom atau Maxis atau Digi. Tetapi mereka tidak mempunyai kredit. Bagi mereka, cukup ada yang basic sahaja. Ada Sim Card sudahlah. Tak perlu top up kredit.
Dan golongan B ini tidak mahu topup pahala dgn menghadiri majlis-majlis ilmu atau melakukan ibadah-ibadah sunat. Bagi mereka, buat yang wajib sudah memadai.
Golongan B ini kurang  sedikit bilangannya berbanding golongan A. Tetapi masih banyak kuantitinya di muka bumi Allah ini.
3. C = COMMITED
Masyarakat yang tergolong dalam kategori commited ini tarafnya 'up' sedikit dari golongan awam dan biasa. Mereka buat ibadah-ibadah wajib dan pada masa yang sama mereka juga buat ibadah-ibadah sunat. Mereka suka menghadiri majlis-majlis ilmu juga selalu membaca al- Quran. Mereka sangat istiqamah, commited dengan ibadah-ibadah mereka. Tetapi golongan ini boleh dikatakan sedikit kedekut.
Sambungan analogi, mereka bukan sahaja mempunyai Sim Card, tetapi mereka mempunyai kredit juga. Mereka sentiasa suka topup kredit mereka. Tetapi malangnya mereka malas untukcall atau mesej orang lain. Atau bahasa manjanya, mereka ini kedekut. Mereka amat takut kredit mereka habis kalau call atau mesej org lain. Penyelesaiannya, kredit mereka ditopupsekadar untuk memuaskan hati mereka, tapi tak pernah digunakan.
Golongan commited ini juga boleh diumpakan seperti katak di bawah gelas. Sekali lagi, taraf mereka 'up' sikit dari katak-katak yang tinggal di bawah tempurung yang memang langsung tidak nampak apa yang berlaku di dunia luar. Katak di bawah gelas ini istimewanya ia nampak apa yang berlaku di dunia luar. Ia nampak kawan-kawannya buat maksiat. Ia juga nampak islam sedang terumbang-ambing dan semakin nazak. Ya, ia nampak semua itu tetapi ia tidak mahu mengambil tahu. Duduk saja di bawah gelas, tunggu dan lihat. Baginya, cukup dirinya sahaja yang beribadah bersungguh-sungguh. Buat apa mahu ajak org lain? Bukankah kubur lain-lain? Begitulah sikap golongan ini yang seperti katak di bawah gelas.
Dan golongan C ini kurang sikit bilangannya berbanding golongan biasa. Tapi masih wujud di muka bumi ini.

4. D = DAIE
Golongan terakhir adalah masyarakat yang tergolongan di bawah kategori Daie. Masyarakat yang tergolong di bawah kategori daie ini adalah masyarakat yang selalunya dikecam. Mengapa? Sebab golongan ini suka menyampaikan. Mereka 'sibuk' hal orang lain. Mereka tidak mahu masuk syurga seorang diri. Mereka mahu mengajak kawan-kawan serta saudara-saudara mereka semua kembali pada islam yang sebenar. Mereka tidak suka menjadi katak yang duduk di bawah gelas. Mereka tidak kisah kredit mereka habis. Mereka sibuk beribadah dan juga sibuk mengajak orang lain untuk turut sama beribadah kepada Tuhan. Mereka sedar tujuan mereka diciptakan bukan sahaja untuk beribadah tetapi untuk menjadi khalifah juga.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [2:30]
Malangnya golongan D ini teramatlah sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan golongan A, B dan C. Golongan D ini golongan asing. Tetapi mereka tidak kisah. Kerana apa? Kerana mereka ingat kata-kata Rasulullah SAW, 'dan beruntunglah orang-orang yang asing'.

Kesimpulan, sebagai seorang islam, terpulang pada diri masing-masing mahu jadi golongan yang mana. A. B. C atau D?
Pilihan di tangan anda.
Dan aku hanya menyampaikan.

SUMBER: ILUVISLAM

Tuesday, February 14, 2012

Hari Kekasih?

Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah


Syakh Abdur Raheem McCarthy and Ismail Bullock


Renung-renungkan.... Masihkah kita mahu menyambut Hari Kekasih, duhai saudaraku?

Sunday, January 29, 2012

Apakah Dosa Terakhirku?

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
AlhamduliLlah...atas nikmat hidup yang ALLAH kurniakan kepada kita semua.. Nikmat yang andai bijak kita uruskan dapat menjadikan kita makhlukNya yang bakal peroleh kejayaan dunia akhirat.. insyaALLAH. Esok kita bakal memulakan kuliah setelah seminggu kita bercuti. Kepada guru pelatih semester 7, bagaimana persiapan kalian dalam mendepani warga sekolah? Moga ALLAH permudahkan urusan kita semua. Pada pagi ini, PenaPGPI ingin mengajak kawan-kawan dan sahabat-sahabat merenung serta muhasabah diri pagi buat seketika.. 
Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?
Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.
Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, "ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus", seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita?
Lalu kita terus mengikuti dosa dengan dosa, sedangkan Rasulullah berpesan:
"Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmidzi)
Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.
Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa, agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati. Namun, dalam satu sudut yang lain, tidak harus kita berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan, "Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali." Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh ke dalam lembah kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali.
Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.
Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na'udzubillah!
"Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah."
(An-Nisaa': Ayat 27-28)


SUMBER: ILUVISLAM

wallahu'alam.