Showing posts with label Bangkitlah Saudaraku. Show all posts
Showing posts with label Bangkitlah Saudaraku. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Adakah Kita Bukan Umat Yang Membaca?

Terlalu sedikit di kalangan umat kini yang giat membaca. Daripada sedikit yang membaca itu, terlalu sedikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahami ini, lebih sedikit lagi yang beramal dengannya. Inilah realiti sebenar umat Islam masa kini biarpun ianya adalah sebuah realiti yang pahit untuk ditelan kita semua.

Umat Islam kini dilemaskan dengan kehidupan yang melalaikan serta hiburan yang tidak mendidik jiwa sehingga minda dan intelektual yang merupakan senjata ampuh umat ini telah semakin tumpul untuk digunakan bagi membangunkan diri, keluarga dan telah menyebabkan umat kini semakin ketinggalan di arus kehidupan yang deras ini.

Tahukah anda, berapa buah buku yang dibaca oleh rakyat negara lain jika dibandingkan dengan masyarakat kita dalam setahun ?

Jepun – 40 buah buku setahun Eropah – 10 buah buku setahunArab – 20 muka surat setahun
'Malaysia – 2 muka surat setahun'

Nah, sebab itulah seorang tokoh Yahudi pernah berkata bahawa,"Kita tidak perlu takut dengan orang Islam kerana mereka bukanlah umat yang membaca."

Membaca adalah suatu keperluan yang diibaratkan sebagai oksigen kepada sistem pernafasan kepada kehidupan umat Islam. Ia adalah satu keperluan dan tuntutan kepada umat ini bagi membangunkan kembali umat ini yang telah lama terleka.

Wahyu yang pertama dengan roh iqra' umat terdahulu mesti dibangunkan dan dengan roh itu jugalah umat Islam kini akan dibangunkan untuk kali keduanya.

Apakah rahsia kepada kejayaan umat kini ? Rahsianya ialah pada membaca dan terus membaca, belajar dan terus belajar, beramal dan terus beramal.
Harga atau nilai kehidupan yang sebenar bagi kita dan umat ini secara keseluruhannya hanyalah dengan kehidupan yang berpaksikan bimbingan al Qur'an dan bukan bersumberkan kepada nafsu atau aqal semata-mata.
Apakah kaedah yang boleh menyuburkan minat membaca? 
Berniat membaca kerana Allah akan menghasilkan pahala yang banyak, dapat menguasai ilmu dan berpeluang untuk menyampaikannya kepada yang lain.Merancang bacaan samada bahan yang di baca dan bersesuaian dengan target pembacanyaMengatur hidup yang berjadual serta menetapkan waktu yang sesuai untuk terus konsisten membaca dan meneruskan pembacaan serius secara bertahap agar tidak hanya 'hangat-hangat tahi ayam'.
Membudayakan 'hidup membaca' kepada anak-anak
Sediakan perbelanjaan bulanan untuk buku-buku dan biasakan membawa anak-anak seisi keluarga menyertai pameran-pameran atau ke kedai-kedai buku secara berkala.Memberi penumpuan untuk membaca dan mengujudkan suasana sekeliling yang kondusif untuk  berlumba-lumba membacaMencatatkan isi-isi penting daripada bahan yang dibaca agar lekat dalam ingatan dan boleh dikongsikanBuat perpustakaan mini di rumah untuk diri dan anak-anak yang diatur kemas setiap masa.
Sampaikan apa yang dibaca di laman sosial seperti facebook dan blog, bercerita kepada kawan-kawan atau ahli keluarga atau memberi tazkiran bila berpeluang.
Budaya yang belum wujud di Malaysia...
Bantu sahabat dan kenalan anda dengan 'membudayakan hidup membaca' dengan saling memotivasikan di antara satu sama lain atau boleh juga diwujudkan kelab membaca.

Dekatilah para ulama dan galilah ilmu daripada ilmuan ini serta mencontohi kehidupan mereka yang menjadikan al Quran sebagai pembimbingnya.Marilah kita ingati firman Allah swt yang bermaksud,

"Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniakan ilmu beberapa darjat."(Surah al Mujadalah ayat 11)
SUMBER: ILUVISLAM

Sunday, March 4, 2012

A,B,C atau D?

Anda mahu tahu bagaimana masyarakat islam zaman sekarang? Secara amnya, kita boleh bahagikan kepada empat golongan. Golongan A, B, C dan D. 
1. A = AWAM
Masyarakat yang tergolong dalam kategori awam adalah masyarakat yang islam hanya pada nama, yakni islam 'I' (besar) dan bukan islam 'i' (kecil). Faham istilah 'i' (kecil) dan 'I' (besar)? Baiklah, mari kita lihat contoh seperti di bawah.
Seorang budak berkata 'saya Jahat'. Kita lihat pada J (besar) yang mana maksudnya nama budak tersebut 'Jahat' tetapi tidak bermakna sikap atau perbuatan budak tersebut jahat. Seperti mana yang kita belajar dalam pelajaran Bahasa Melayu, kata nama perlu dimulakan dengan huruf besar bukan? Baiklah, sekarang seorang budak yang lain pula berkata 'saya jahat'. Sekali lagi kita lihat pada j (kecil) yang mana maksudnya budak tersebut memang jahat sama ada dari segi perbuatan atau sikap. Tetapi nama budak tersebut tidak semestinya Jahat. Mungkin Abu, Ali, Seman dan sebagainya.
Sekarang, kita aplikasi konsep ini pada islam/Islam. ISLAM i (kecil), maksudnya seseorang itu memang mengamalkan cara hidup sebagai seorang islam. Dia solat, puasa dan melakukan ibadah-ibadah lain. Manakala ISLAM I (besar), seseorang itu meletakkan islam hanya pada nama. Islam hanya dalam IC, tetapi hakikatnya dia tidak pernah bersolat, berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah yang wajib dilaksanakannya.
Dan sudah terang lagi bersuluh, golongan A ini semakin menguasai dunia. Boleh kata mereka ini golongan majoriti. Tamat penuh. 
2. B = BIASA
Golongan yang kedua dinamakan golongan biasa. Masyarakat yang tergolong dalam kategori biasa ini mungkin mengaplikasikan ISLAM i (kecil). Mereka bersolat, berpuasa, dan beribadah dengan baik.  Mereka buat ibadah-ibadah wajib. Tetapi, golongan ini mempunyai sedikit perasaan 'cukup' dalam diri mereka. Bagi mereka, cukup sekadar membuat ibadah-ibadah wajib.
Analoginya, mereka mempunyai Sim Card. Sama ada Celcom atau Maxis atau Digi. Tetapi mereka tidak mempunyai kredit. Bagi mereka, cukup ada yang basic sahaja. Ada Sim Card sudahlah. Tak perlu top up kredit.
Dan golongan B ini tidak mahu topup pahala dgn menghadiri majlis-majlis ilmu atau melakukan ibadah-ibadah sunat. Bagi mereka, buat yang wajib sudah memadai.
Golongan B ini kurang  sedikit bilangannya berbanding golongan A. Tetapi masih banyak kuantitinya di muka bumi Allah ini.
3. C = COMMITED
Masyarakat yang tergolong dalam kategori commited ini tarafnya 'up' sedikit dari golongan awam dan biasa. Mereka buat ibadah-ibadah wajib dan pada masa yang sama mereka juga buat ibadah-ibadah sunat. Mereka suka menghadiri majlis-majlis ilmu juga selalu membaca al- Quran. Mereka sangat istiqamah, commited dengan ibadah-ibadah mereka. Tetapi golongan ini boleh dikatakan sedikit kedekut.
Sambungan analogi, mereka bukan sahaja mempunyai Sim Card, tetapi mereka mempunyai kredit juga. Mereka sentiasa suka topup kredit mereka. Tetapi malangnya mereka malas untukcall atau mesej orang lain. Atau bahasa manjanya, mereka ini kedekut. Mereka amat takut kredit mereka habis kalau call atau mesej org lain. Penyelesaiannya, kredit mereka ditopupsekadar untuk memuaskan hati mereka, tapi tak pernah digunakan.
Golongan commited ini juga boleh diumpakan seperti katak di bawah gelas. Sekali lagi, taraf mereka 'up' sikit dari katak-katak yang tinggal di bawah tempurung yang memang langsung tidak nampak apa yang berlaku di dunia luar. Katak di bawah gelas ini istimewanya ia nampak apa yang berlaku di dunia luar. Ia nampak kawan-kawannya buat maksiat. Ia juga nampak islam sedang terumbang-ambing dan semakin nazak. Ya, ia nampak semua itu tetapi ia tidak mahu mengambil tahu. Duduk saja di bawah gelas, tunggu dan lihat. Baginya, cukup dirinya sahaja yang beribadah bersungguh-sungguh. Buat apa mahu ajak org lain? Bukankah kubur lain-lain? Begitulah sikap golongan ini yang seperti katak di bawah gelas.
Dan golongan C ini kurang sikit bilangannya berbanding golongan biasa. Tapi masih wujud di muka bumi ini.

4. D = DAIE
Golongan terakhir adalah masyarakat yang tergolongan di bawah kategori Daie. Masyarakat yang tergolong di bawah kategori daie ini adalah masyarakat yang selalunya dikecam. Mengapa? Sebab golongan ini suka menyampaikan. Mereka 'sibuk' hal orang lain. Mereka tidak mahu masuk syurga seorang diri. Mereka mahu mengajak kawan-kawan serta saudara-saudara mereka semua kembali pada islam yang sebenar. Mereka tidak suka menjadi katak yang duduk di bawah gelas. Mereka tidak kisah kredit mereka habis. Mereka sibuk beribadah dan juga sibuk mengajak orang lain untuk turut sama beribadah kepada Tuhan. Mereka sedar tujuan mereka diciptakan bukan sahaja untuk beribadah tetapi untuk menjadi khalifah juga.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [2:30]
Malangnya golongan D ini teramatlah sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan golongan A, B dan C. Golongan D ini golongan asing. Tetapi mereka tidak kisah. Kerana apa? Kerana mereka ingat kata-kata Rasulullah SAW, 'dan beruntunglah orang-orang yang asing'.

Kesimpulan, sebagai seorang islam, terpulang pada diri masing-masing mahu jadi golongan yang mana. A. B. C atau D?
Pilihan di tangan anda.
Dan aku hanya menyampaikan.

SUMBER: ILUVISLAM

Friday, November 11, 2011

Saya Malu Nak Jadi Baik

"Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor," 
"Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit," 
"Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina,"


Iman Itu Masih Ada.
Aku nak jadi baik..
Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.
Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?
Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makin dicintai Allah. Asal niat betul.
Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.
Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?
Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!.
Create the Future
Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh. Qada muallaq iaitu ketentuan Allah yang tercatat di lauhul mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa.
Mari saya datangkan satu analogi. Katakan Ahmad seorang pelajar yang bermasalah, malas belajar dan menghisap rokok. Tiba suatu ketika, terdetik penyesalan di hatinya. Dan ketahuilah, saat itu, dia punya dua peluang. Peluang ke arah kebaikan atau sebaliknya. Terhimpit antara dua lorong.
Lorong pertama, memilih untuk rajin belajar dan meninggalkan tabiat menghisap rokok. Lorongkedua, masih tetap dengan perangai dan tabiat lama. Apakah mungkin jika dia masih berada di lorong kedua, pada masa hadapan nanti dia bakal menjadi seorang graduan universiti yang punya sahsiah mulia dan cemerlang? Sudah tentu tidak! Tetapi sebaliknya yang berlaku jika lorong pertama yang menjadi pilihan.
Ini yang saya maksudkan. Bukan mahu menjadi ahli nujum. Cuma mengajak untuk bersama membina masa hadapan. Mencipta jalan cerita sendiri. Kita umpama pelakon di pentas dunia. Kita punya kuasa untuk mengarah jalan drama sendiri. Dan yang pasti hanya ada dua pilihan yang terbentang. Satu lorong yang dipilih, akan membawa kepada lorong yang lain. Jika lorong kebaikan dan perubahan yang dipilih, pasti kesudahannya juga begitu. Begitu juga sebaliknya. Inilah sunnatullah.
Buat Dirimu...
Sayangku nisa', usah biarkan keterlanjuranmu menjadi sejarah hitam yang terus mencalit debu kehitaman walau hingga ketika ini. Itu semua sejarah dahulu dan ketahuilah hari ini juga bakal menjadi sejarah. Tetapi bezanya sejarah dahulu itu menjadi suatu pengajaran yang besar buat diri. Dan sejarah yang bakal ditelusuri ini, ketahuilah, dirimu masih punya waktu. Usah persiakannya!
Juga buat diri yang rindu akan kebaikan. Apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini? Apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh daripada-Nya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan? Ketahuilah Dia Maha Pengampun. Usah pedulikan pandangan mereka dan mereka itu, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia menunggumu untuk sujud kepada-Nya! Bersama air mata taubat seorang hamba!
Buat nisa', walau dirimu merasa tiada yang menyayangi, ketahuilah aku di sini amat menyayangimu sekalipun kita tiada pernah mengenali. Tetapi walau sebesar mana kasihku kepadamu, masih pasti belum mampu menandingi kasih-Nya terhadapmu. Apakah saat ini masih mahu berpaling?
Motivasi daripada Kisah.
Saya memahami, berbicara itu mudah tetapi mahu melakukan itu tidak semudah bicara dan tulisan. Kerana itu perlu kepada kisah-kisah yang dapat menguatkan hati. Yang bisa meneguhkan keazaman dalam diri untuk menjadi lebih baik.
Pasti dan sudah tentu pernah mendengar kisah seorang pelacur perempuan. Yang kiranya dipandang manusia begitu kotor dan jijik pada masa kini sehingga melahirkan anak di luar perkahwinan yang sah. Walaupun mereka itu kini telah menyesal dan ingin berubah tetapi tetap dipandang serong. Tiada sokongan dan semangat yang ditiup tika mereka lemah. Kerana terusan dihantui dosa-dosa lalu.
Dengarkan kisah ini yang ingin saya putar kembali. Kembali kepada kisah pelacur perempuan. Yang berzina. Tetapi dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing. Tidakkah rahmat Allah itu luas? Kerana itu berhenti menghukum manusia. Walau kotor pada pandangan manusia, kita tiada pernah mengetahui apakah pandangan-Nya.
Lihat diri sendiri dan nilai. Diri sendiri juga belum tentu baik. Diri sendiri juga belum tentu dipandang-Nya. Walaupun kita melakukan kerja dakwah, walaupun diri itu sentiasa memberi tazkirah, walaupun diri itu aktif dalam program keagamaan. Saya suka untuk kembali mengingatkan kepada niat. Lagi sekali, lihat dan nilai. Itu semua tidak bermakna jika hati terdetik riak dan melakukan kerana ingin dipandang hebat oleh manusia. Kerana ingin supaya manusia memandang tinggi. Kerana ingin manusia memandang diri itu bagus, baik, soleh dan solehah. Tika itu, tanya diri sendiri, di mana niatmu yang kau katakan kerana Allah?
Lagi saya bawakan kisah yang cukup sering didengari. Kisah pembunuh yang telah membunuh 99 orang.Lihat usaha dan kehendaknya yang ingin bertaubat. Pembunuhannya mencukupi 100 orang apabila membunuh seorang alim yang mengatakan bahawa dia telah tiada harapan.
Namun, tidak pernah cuba untuk berputus asa. Mengikut nasihat seorang alim yang lain yang mengatakan bahawa perlu penghijrahan ke satu perkampungan yang suasananya bisa membantunya bertaubat. Namun,di pertengahan jalan, dia meninggalkan dunia tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang usaha bertaubat. Dan dia dimasukkan ke dalam syurga.
Kesimpulan.
Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.
Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini,yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan. Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh. insyaALLAH..
sumber: iluvislam
waLlahu'alam

Thursday, September 15, 2011

Ayuh Temanku! (Pejuang Agama)

                                                            Pejuang Agama
                                                      (Imam Muda Musim ke-2)
                                                            
                                                   Setiap manusia pasti punya 
                                                 Pemikiran yang saling berbeza 
                                              Tapi janganlah cuba untuk memaksa 
                                                      Yang lain jika tidak sekata 

                                                     Usah taksub tafsiran sendiri 
                                                  Pandanglah dari sudut yang lain 
                                                Mungkin ada benarnya kata mereka 
                                                      Andainya berfikiran terbuka 

                                                        Renungkanlah bersama 

                                                     Habibi janganlah membenci 
                                                   Hentikan dari saling menyakiti 
                                                    Habibi hanya jikalau bersatu 
                                                        Umahmu akan lebih maju 
                                                     Temanku bersalamlah selalu 
                                                    Hormati mereka disekelilingmu 

                                                      Temanku marilah kita bersama 
                                                          Menjadi pejuang agama 
                                                       Tak perlu meninggikan suara 
                                                          Untuk meluah apa dirasa 
                                                Kerana lantang itu bukannya bermakna 
                                                         Katamu menjadi lebih benar 

                                                            Renungkanlah bersama

NOTA KAKI:
YA ALLAH, YA TUHAN KAMI... AMPUNI SEGALA KEKHILAFAN KAMI... BIMBING KAMI DALAM MENJADI PEJUANG AGAMA WALAU DI MANA SAJA KAMI BERADA.. MOGA PERBEZAAN YANG ADA ANTARA KAMI MENJADI PELENGKAP DALAM JALAN JUANG INI.. HINDARILAH KAMI DARI RASA BENCI SESAMA KAMI... KUKUHKANLAH IKATAN UKHUWAH KAMI DENGAN TALI(AGAMA)MU..
AMIIN YA RABBAL 'ALAMIN