'Iffah?
Apa tu? Err.. pencuci muka jenama iffah tu ke?
Ehem2..
Bukan..
Tapi konsep dia lebih kurang sama iaitu suci...
Definisi
Iffah dari segi istilah ialah:
- memelihara kesucian diri@jiwa@maruah
-Terdapat dua makna dari 'iffah, iaitu menahan dan menjaga diri dari syahwat kemaluan, dan menahan diri dari syahwat perut dengan cara meminta-meminta.
'Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian ('iffah diri)-nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya.'' (Surah An Nuur: 33).
'Iffah merupakan akhlaq yang paling tinggi dan dicintai Allah Swt. Oleh sebab itulah sifat ini perlu dilatih sejak anak-anak masih kecil, sehingga memiliki kemampuan dan daya tahan terhadap keinginan-keinginan yang tidak semua harus dituruti kerana akan membahayakan bila kita telah dewasa.
Jenis2 memelihara maruah:
> memelihara kemaluan (kapel, banyak maksiat, pgg tangan, mcm2)
> jaga lidah (sebelum cakap sesuatu, fikir dulu...)
> jaga pandangan. Especially dgn muslimin. Ada had2 nye, masa2nya.
> jaga nafsu makan. (Berhenti sebelum kenyang)
> bersederhana dalam berpakaian (yang paling utama ialah menutup aurat)
> cermat dan teliti dalam urusan kewangan (jauhi hutang)
> tidak meminta-minta dgn orang lain (rasa cukup dengan apa yang sedia ada)
>Pelihara diri dari perkara yang syubhah
(Andai kita was-was atau ragu2 tentang sesuatu, maka tinggalkanlah ia... )
p/s: Jom sama-sama kita semai dan bina sifat iffah ini dalam diri.
Diantara doa yang diajarkan Rasulullah untuk memiliki sifat iffah adalah:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ اْلهُدَى وَالتُّقَى، وَاْلعَفَافَ وَاْلغِنَى
"Ya Allah aku mohon kepadamu petunjuk, taqwa, Iffah dan kekayaan."
No comments:
Post a Comment