Tuesday, March 19, 2013

MEMBENTUK KESIHATAN MELALUI GAYA HIDUP RASULULLAH SAW.


Kekuatan fizikal amat penting dalam membantu melancarkan perjalanan aktiviti harian kita.  Solat, contohnya, lebih mudah dilaksanakan dalam keadaan tubuh badan yang sihat. Begitu beruntungnya kita sebagai muslim kerana telah ada panduan buat kita. Mari kita mengambil iktibar daripada gaya hidup rasulullah saw, yang sememangnya merupakan contoh ikutan terbaik.

RULE 1O1: swimming, archery, horse riding and running

Perkara ini diwasiatkan oleh Sayidina Umar al-Khattab agar anak-anak diajarkan berenang, memanah(shooting with gun; not camera) dan berkuda (driving). Aktiviti-aktiviti ini tidak memerlukan pandangan saintifik untuk dibuktikan.  Kita boleh menilai sendiri melalui imaginasi kita ataupun kita boleh cuba sendiri. J J J .Tidak perlu pening-peningkan kepala. Do not make simple things complicated.
Berenang melatih kekuatan kardiovaskular tangan dan kaki kerana kedua-dua bahagian badan ini yang memainkan peranan yang sangat aktif.  mungkin boleh berlatih untuk menahan nafas dalam jangka waktu yang lama.  InsyaAllah, tidak semput apabila membaca ayat al-Quran yang panjang seperti surah al-Baqarah. Memanah memerlukan tumpuan mata dan tangan. Ketahanan kaki juga perlu kerana berdiri. InsyaAllah, tidak tumbang apabila ditakdirkan berimamkan mereka yang gemar menghabiskan satu juzuk al-Quran untuk solat terawih.
Pada zaman ini, berkuda mungkin boleh disamakan dengan memandu, berbasikal atau menunggang motosikal. Walaupun kita digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan awam, kita perlu menguasai kemahiran asas ini. Sebagai contoh, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai kemudahan KTM dan yang sewaktu dengannya. Oleh itu, sekurang-kurangya, mereka perlu tahu menunggang motosikal bagi membolehkan mereka untuk membeli ikan segar yang hanya dijual seawal 5 pagi (SUBUH: Plg lmbt pkul 5.15). First come first serve.

RULE 1O2: bersugi;brushing teeth
Rasulullah saw amat mementingkan kebersihan gigi. Buktinya;

Sabda baginda saw, mafhumnya:
“Sekiranya tidak membebankan umatku, nescaya aku perintahkan mereka untuk bersugi setiap kali melakukan solat.” (Muttafaq ‘alaih)

We never know how much bacteria in our mouth as much as foods and things that enter through it. Mungkin, bersugi juga membersihkan mulut dan lidah kita daripada perkataan sia-sia yang kita ucapkan. Astagfirullah al adzim. T.T . Rajin-rajinkanlah gosok gigi.

RULE 1O3: cutting nails
Memotong kuku adalah salah satu daripada “lima fitrah” kebersihan yang dianjurkan dan dilakukan oleh Nabi saw. Buktinya:

          Sabda Rasulullah saw, mafhumnya:
     “Fitrah itu ada lima; berkhitan (khatan), mencukur bulu kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.” (Bukhari, no. 5891)

Look at your nails. Long enough to be cut? Do it then.

Ilmu itu IMAM, Amal adalah MAKMUMNYA. (iklan)

Hikmahnya, kita akan terhindar daripada kotoran yang melekat pada kuku. Bacteria are everywhere. Uuuu…..sounds scary. Khususnya, kepada mereka yang masih lagi mempunyai tabiat menggigit jari yang terbit daripada minda di bawah separa sedar.  Ataupun, kita (Muslim) yang menggunakan jari untuk menyuap makanan sebagai mneghidupkan Sunnah Rasulullah saw. Tidak terbayang bagaimana jari-jari yang penuh noda turut menjadi hidangan kita.

RULE 1O4: eat and drink according to Sunnah.
Islam sangat sinonim dengan adab, hatta ketika di meja makan sekalipun. Adab ataupun etika makan tidak terhad pada majlis-majlis formal atau High Table (makan beradab) sahaja.  Menjaga adab bukan ketika makan bersama orang kenamaan or MAK+we. Ajaran Islam itu merentas tempat,masa dan keadaan.
Disiplin makan termasuklah sederhana dan tidak gelojoh serta mengutip sisa makanan.

Sabda Rasulullah saw, mafhumnya:
“Apabila salah seorang daripada kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah dia membersihkan apa yang kotor daripadanya lalu memakannya, dan janganlah dia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan.”
Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no. 1404

Manakala, disiplin ketika minum termasuklah minum dengan tiga kali nafas (tidak tergesa-gesa), tidak menghembuskan nafas ke dalam gelas dan tidak minum berdiri (ramai lagi tak pass yang nyh). Kajian saintifik membuktikan kesan buruk daripada menghembuskan nafas ke dalam gelas. Mari mengimbau kenangan manis bersama  simple equation chemistry.

CO2 +H2O   >>>  H2CO3 

H2 = ASID.
“Tak pasal-pasal minum asid. T.T”

RULE 1O5: excellent quality of sleep
Tidur bukan sekadar memejamkan mata ataupun hobi. Tidur juga boleh jadi ibadah. How is that? Let pictures tell. Credits to them, well done.








Hidup sebagai student, kebiasaannya tidak lari daripada ‘stay up’. Jadikan stay up kita berbaloi @ ibadah. 
Jika tidak mempunyai apa-apa, seeloknya, tidur awal seusai solat Isyak agar dapat bangun awal (Tahajjud + Subuh Berjamaah). Bangun awal mempunyai banyak manfaatnya. Antaranya, udara pada waktu Subuh akan memberi manfaat kepada sel-sel tubuh manusia yang membolehkan tubuh melawan pelbagai penyakit berbahaya. Allah swt akan memberi limpahan rezeki.

Ibn Abbas ketika melihat anaknya masih tidur pada waktu Subuh mengejutkan anaknya: “Bangun! Adakah kamu ingin terus tidur ketika rezeki diagih-agihkan.” (Ibn al-Qayyim, Zad al- Ma’ad, jil. 3, hlm. 169)

RULE 1O6: stay away from contagious diseases
KUARANTIN. H1N1. Sounds familiar.

Rasulullah saw mengajar kita satu kaedah mudah. Seseorang yang menderita mengalami penyakit berjangkit tidak dibenarkan berada di kawasan orang ramai berada atau berkumpul. WHY? Bagi mengelakkan penyakit tersebut berjangkit kepada orang lain. Maka, jika anda mengesyaki anda menghidap penyakit berjangkit, Kuarantinkanlah diri anda. MC? Yeah.

          Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, mafhumnya:
      “Tidak boleh membawa orang yang mempunyai penyakit berjangkit kepada orang yang sihat.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa’i)


May this benefit us. Sorry in advance for any grammatical errors or harsh words. Any comments are very much welcomed.

Together we achieve mardatillah.





sumber inspirasi: Rujukan: solusi isu no.41, tutup aurat supaya selamat, mohd. Azrul azlen abd hamid, 104-105. 




No comments: