Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Tayangan Filem: Dalam Mihrab Cinta (Part 1)


PPISMP SEM 3 dan PPISMP SEM 1...kehadiran adalah WAJIB...

Jom bersama menambahkan ilmu melalui penceritaan. (insyaALLAH)

Pelajar lain dijemput hadir.

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Bismillahirrahmanirrahim...

PENAPGPI dengan seikhlas hati ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua insan yang bergelar GURU. Moga CIKGU sentiasa TABAH dan CEKAL dalam memikul amanah yang diberikan ke atas bahumu. Percayalah bahawa ganjaran yang TERBAIK pasti diperolehi andai keIKHLASan dalam dirimu tidak pernah luntur walau perit ranjau yang kau tempuh dalam menyampaikan ilmu.

Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". 
(Riwayat al-Tirmizi)


























































Wednesday, May 11, 2011

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana

Bismillahirahmanirrahim.

Kejayaan yang mahu dikecapi bukanlah hanya terletak pada usaha kita mentelaah buku-buku tebal serta mengingati sekian formula bagi memperolehi jawapan yang terbaik sewaktu kertas peperiksaan di depan mata. Bahkan usaha yang dilakukan perlulah seiring dengan doa. Sehubungan itu, pihak PGPI mahu mengajak teman-teman untuk bersama-sama menyemarakkan lagi rasa pengharapan kita kepada Allah Rabbul Jalil untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang melalui program seperti dalam ketetapan di bawah:


JOM KITA KE BAIS! 

Saturday, May 7, 2011

Forum Pemantapan Aqidah: TEGAKNYA RUMAH KERANA TIANG


Bismillahirrahmanirrahim..

Pengumuman PENTING  buat teman-teman PenaPGPI.


Dijemput semua muslimin dan muslimah IPG KRM untuk datang ke Balai Islam.
JOM KE BAIS!