salam...sedikit perkongsian buat diri dan rakan-rakan...
Berdoalah. Allah suka kepada mereka yang berdoa.
Di mana sahaja, bila-bila masa, senang atau susah. Linenya sentiasa full.
Doa ini adalah doa
Nabi Musa as setelah baginda berbicara dengan Allah dan menerima perintah.
“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan
saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha
Penyayang.” (Al-A’raaf:151)
Doa
ini adalah doa para pemuda Ashabul Kahfi semasa mereka melarikan diri daripada
raja yang zalim.
“…Wahai Tuhan kami, berikanlah
rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang
lurus dalam urusan kami (ini).”
(Al-Kahfi: 10)
Doa
ini dibaca oleh nabi Musa as selepas baginda terbunuh seorang Qibti yang
bergaduh dengan seorang bangsa Israel di tengah pasar.
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku
telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku.” (Al-Qashash)
Doa
ini juga dibaca oleh Nabi Musa as, memohon kepada Allah agar dilapangkan
dadanya bagi menghadapi raja zalim, Firaun.
“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku
dadaku. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah kekauan dari lidahku.
Supaya mereka mengerti perkataanku.” (Thaahaa; 25-28)
Ayat
Seribu Dinar.
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada
Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya
rezeki dari arah yang tidak disangka-disangkanya. Dan barangsiapa yang
bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya
Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ath Thalaaq; 2-3)
May those benefit us....
Together we achieve Mardatillah....
14112012_
2131_
RUJUKAN:
Hlovate. (2008). Tunas.
Ms:32-34.Ampang: Jemari Seni Publishing
The noble Quran, http://quran.com
No comments:
Post a Comment