Assalamu alaikum warahmatullahi
wabarakatuh, semoga Allah merahmati dan melindungi kita semua. Sedikit
perkongsian buat diri dan saudara-saudaraku seiman dan seakidah. Semoga
bermanfaat. InsyaAllah…
Menurut kepercayaan orang Romawi, bulan
Januari diambil sempena nama dewa Romawi, iaitu Janus. Janus mempunyai
dua muka, satu muka menghadap ke hadapan dan satu lagi menghadap ke belakang. Dua
muka tersebut menggambarkan bahawa mereka melihat masa depan dan meninggalkan
masa lalu. Janus diyakini oleh orang Romawi sebagai dewa penjaga gerbang Olympus ataupun lebih dikenali sebagai The God of Gates. Doors
and beginning. Gerbang ini dianggap sebagai gerbang menuju tahun yang
baru.
Janus; god of gates |
Selain itu, Januari merupakan puncak
musim dingin. Oleh kerana terlalu dingin, kebanyakan aktiviti pekerjaan
dihentikan untuk sementara waktu, atau bahasa mudahnya, holiday (hari
cuti). Mereka juga menetapkan bulan Januari sebagai bulan pertama setiap tahun dalam
kalendar Masihi. Mereka merayakan hari tersebut dengan saling memberikan hadiah,
memberikan potongan dahan daripada pohon suci, memberikan kacang atau kuih
lapis emas dengan gambar dewa Janus. Pada zaman ini, ada sebahagian daripada mereka
yang mendedikasikan 1 Januari kepada dewa Janus.
Kesimpulannya, setiap perayaan yang
dirayakan oleh mereka mempunyai sejarah dan keyakinan tersendiri. Walaupun kita
merayakan tahun baru tanpa berdasarkan keyakinan tertentu, hanya sekadar
menyambutnya, itu juga dilarang. Berkumpul sehingga larut malam, menunggu detik
dua belas tengah malam, itu sama sahaja seperti kita membenarkan apa yang
mereka yakini. Nauzubillah. Kalau sudah terbiasa stay up sampai dua tiga pagi,
wallahu a’lam. Jangan bazirkan kredit untuk mengucapkan tahun baru kepada
rakan-rakan yang sentiasa dalam ingatan kita. Doa kita setiap hari buat mereka
lebih berharga daripada mesej yang berkala seperti ini. Tambahan pula, perkara
ini tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, Nabi
kita yang mulia yang sepatutnya menjadi idola dan ikutan kita. Jadi, buat biasa-biasa
saja seolah-olah tiada yang ‘special’.
Ibnu
Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari
Ibnu 'Umar, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa
meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka."
Cukuplah bagi kita yang meredhai Allah
subhanallahu wa taala sebagai Tuhan kita, Islam sebagai agama kita dan
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sebagai nabi kita, merayakan Hari Raya
Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha sahaja. Dua hari ini adalah hari yang
penuh dengan keberkatan dan hari kemenangan umat Islam. Ditambah dengan Hari
Jumaat, iaitu Penghulu Segala Hari juga merupakan hari yang dilebihkan daripada
enam hari yang lainnya oleh Allah subhanallahu wa taala. Kita juga mempunyai
hari yang special, jadi raikan hari-hari tersebut juga berdasarkan apa yang
telah disyariatkan. Hari kemenangan yang sesungguhnya adalah apabila kita
memasuki syurga Allah subhanallahu wa taala, dan pada hari itu kita boleh
bergembira sepuas-puasnya. Sabarlah dalam mengamalkan sunnah. Akhir zaman yang
penuh dengan fitnah ini, maka sebaik-baiknya hindarilah diri kita daripada
syubhat-syubhat yang boleh merosakkan akidah dan agama kita.
Jika sudah terbiasa, tetapi
bertentangan dengan sunnah, maka tinggalkanlah. Ini adalah bukti cinta kita
buat Allah subhanallau wa taala dan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita meninggalkan apa yang tidak
diajarkan oleh Islam dan menghindarkan kita daripada mengamalkan perkara-perkara
yang tidak mempunyai dasar dalam Islam.
p.s: Tidur awal malam ni, esok kan dah
kena balik maktab. It’s a long journey, semoga musafir kita diberkati dan
bernilai pahala di sisi Allah Rabbul Izzati. Selamat menempuh semester yang
baru, semoga lebih cemerlang daripada yang sebelumnya.
Wallahu a’lam.
Rujukan
Kisah menawan sang teladan, radio
Rodja.
Iluvislam.com
No comments:
Post a Comment