Monday, July 30, 2012

Hamba Ramadhan atau Hamba Allah?



Moga kita semua merupakan hamba ALLAH yang menjadikan Ramadhan ini sebagai titik perubahan dalam hidup terutama dari segi penghayatan amal ibadah. Jangan pula merasakan, "Oh, maksudnya aku tak bolehlah nak lakukan amalan ekstra dalam bulan puasa sebab sebelum ini pun aku tak tak pernah/jarang buat semua tu."

Duhai sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.....bukan begitu.

Seperti yang ditulis tadi, jadikanlah Ramadhan pada kali ini sebagai titik permulaan untuk kita mula melatih diri untuk solat berjemaah di masjid, qiamulail (sedikit demi sedikit. dapat solat sunat tahajud 2 rakaat pun dah kira baik untuk permulaan) dan sebagainya andai sebelum ini tidak pernah atau jarang sekali kita laksanakan. Selepas tamatnya bulan Ramadhan kelak, andai dipanjangkan usia, cubalah untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Tidak dapat dua hari, sehari pun ok. Tekadkan azam dan pasangkan niat untuk terus istiqamah menambah amal ibadah kita sehingga kita keluar dari madrasah Ramadhan ini. insyaALLAH..
sekadar ingatan buat sahabat-sahabat dan krew PenaPGPI sendiri. 

aLlahu'alam. =)

No comments: