Sunday, November 24, 2013

LAFAZ SYAHADAH BUKAN FREE JE..

Syahadah yang ucapkan setiap hari dalam solat itu ada tuntutannya. Tuntutan ini wajib dilaksanakan bagi setiap muslim. Kenapakah? Sebab kalau muslim, dah sah sah dia lafaz syahadah. Rukun Islam pertama, mengucap dua kalimah syahdah.
Apakah tuntutan itu?

Dua tuntutan syahadah:
1. Meninggikan kalimah laa ilaha illallah
2. Menyeru kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran (Amar makruf nahi mungkar)

Persoalan seterusnya, bagaimanakah untuk memenuhi dua tuntutan ini?
Tidak lain tidak bukan ialah melalui IBADAH.

Ibadah pula terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.
Ibadah khusus ialah puasa, solat, menunaikan haji dan membayar zakat, seperti yang dinyatakan dalam Rukun Islam.
Ibadah umum pula apa sahaja tindakan yang diniatkan kerana Allah taala. Terdapat beberapa syarat untuk memastikan pekerjaan yang kita lakukan bernilai ibadah. (Rujuk buku Mukmin Profesional karangan ustaz Pahrol Juoi)

Tuntutan atau kewajipan yang dipenuhi berdasarkan kepada 5 peringkat yang dikenali sebagai maratib amal.

1. Fardhu muslim
2. Baitul muslim
3. Musytama' muslim
4. Daulah Islamiah
5. Khilafah Islamiah

Apa yang penting, dalam setiap peringkat ini, bermula dari diri (fardhi) sehingga mencapai Khilafah Islamiyah, memerlukan proses dan kaedah.

Proses dan kaedah itu ialah tarbiyyah, dakwah dan siasah. Kita membina diri melalui tarbiyyah. Dalam kita membina diri, kita juga mengajak (berdakwah) keluarga dan rakan-rakan kita untuk meningkatkan kefahaman sesama kita. Contohnya melalui usrah. Siasah secara khusus lebih kepada soal pentadbiran Negara ataupun lebih dikenali sebagai politik.

Ada lagi satu perkara yang perlu kita fahami bahawa kita tidak mampu melaksanakan tuntutan ini secara sendirian hatta dalam pembinaan diri kita sendiri. Manusia adalah makhluk yang bersosial. Kita memerlukan sokongan dan peringatan daripada orang sekeliling kita kerana sifat insan itu mudah lupa. Hakikatnya, kita memang tidak boleh sendirian. Apakah interaksi itu berbentuk simbiosis, mutualism, parasitism ataupun sapropitism, interaksi antara kita memang sentiasa berlaku.

Ringkasnya,
Kita (MUSLIM) ada misi yang BESAR (gaya macam spy_). 
Apakah itu?  Menegakkan kalimah laa ilaha illallah di atas muka bumi ini.
Bagaimana? Banyak caranya. Ikut kemampuan dan kepakaran kita. Islam itu luas, maka jangan disempitkan. Selagi mana cara itu baik dan tujuannya lillahi taala, insyaAllah, ada nilainya di sisi Allah.

Kita guru, maka peluang dakwah kita sangat besar. Tambah-tambah kita mengajar di sekolah rendah. Masya Allah. Tempoh 5 tahun setengah di maktab, raihlah sebanyak mana pengalaman. Jangan menghadap buku sahaja. Keluar juga dari maktab dan timba pengalaman di luar.


Semangat! Setiap daripada kita berpotensi untuk membantu agama Allah walaupun hakikatnya Allah swt tidak memerlukan sesiapa untuk menegakkan agama Islam. Tak payah perah otak fikir benda besar-besar, takut tak terbuat. Yang mudah-mudah sudah. Allah memberi kita peluang untuk memudahkan kita mendapat syurga-Nya. Besarnya rahmat Allah buat kita semua. 

Wallahu a’lam. 
Allahumma sholli ala Muhammad. 

Saturday, September 21, 2013

'IFFAH

'Iffah?
Apa tu? Err.. pencuci muka jenama iffah tu ke?
Ehem2..
Bukan..
Tapi konsep dia lebih kurang sama iaitu suci...


Definisi
Iffah dari segi istilah ialah:


- memelihara kesucian diri@jiwa@maruah
-Terdapat dua makna  dari 'iffah, iaitu menahan dan menjaga diri dari syahwat kemaluan, dan menahan diri dari syahwat perut dengan cara meminta-meminta.    


'Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian ('iffah diri)-nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya.'' (Surah An Nuur: 33).


 'Iffah merupakan  akhlaq yang paling tinggi dan dicintai Allah Swt. Oleh sebab itulah sifat ini perlu dilatih sejak anak-anak masih kecil, sehingga memiliki kemampuan dan daya tahan terhadap keinginan-keinginan yang tidak semua harus dituruti kerana akan membahayakan bila kita telah dewasa.




Jenis2 memelihara maruah:

> memelihara kemaluan (kapel, banyak maksiat, pgg tangan, mcm2)

> jaga lidah (sebelum cakap sesuatu, fikir dulu...) 

> jaga pandangan. Especially dgn muslimin. Ada had2 nye, masa2nya. 

> jaga nafsu makan. (Berhenti sebelum kenyang)

> bersederhana dalam berpakaian (yang paling utama ialah menutup aurat)

> cermat dan teliti dalam urusan kewangan (jauhi hutang)

> tidak meminta-minta dgn orang lain (rasa cukup dengan apa yang sedia ada)

>Pelihara diri dari perkara yang syubhah
(Andai kita was-was atau ragu2 tentang sesuatu, maka tinggalkanlah ia... )


p/s: Jom sama-sama kita semai dan bina sifat iffah ini dalam diri. 

Diantara doa yang diajarkan Rasulullah untuk memiliki sifat iffah adalah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ اْلهُدَى وَالتُّقَى، وَاْلعَفَافَ وَاْلغِنَى
"Ya Allah aku mohon kepadamu petunjuk, taqwa, Iffah dan kekayaan."



Thursday, September 5, 2013

10 AGENDA FREEMASON

1.      TAKKIM
·         Pada zaman Nabi Isa a.s, mereka merancang untuk membunuh Nabi Isa a.s.
·         Allah mengangkat Nabi Isa a.s ke langit dan menggantikannya dengan Yudas.
·         Pada zaman Rasulullah saw, mereka memupuk golongan munafk, melaga-lagakan saidina Ali dan Muawiyah
·         Membuat ratusan hadis palsu
·         Merosakkan aqidah umat Islam dengan falsafah Yunani sehingga tumbuh golongan seperti mu’tazilah, khawarij.

2.      SHADA
·         Membentuk fahaman dan agama baru seperti hedonisme, kapitalisme, komunisme, liberalism dan isme-isme lainnya.

3.      PEROKIM
·         Memperkenalkan teori Sigmund Freud dan Charles Darwin

4.      LIBERIM
·         Menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan melalui program-program television, program-program sekolah dan sebagainya

5.      BABIL
·         Memupuk semangat nasionalisme(cintakan Negara) dalam kalangan Negara Islam sehingga semangat persaudaraan sesame umat Islam lumpuh.
·         Sehingga kini, Palestin tidak dapat dibebaskan. Mesir bergolak, namun ramai umat Islam di Negara lain seakan tidak mempedulikan saudara sendiri.

6.      ONAN
·         Mengekang pertumbuhan bangsa-bangsa lain selain daripada bangsa Yahudi dari semua aspek seperti ekonomi.

7.      PROTOKOL
·         Membina bank dunia bagi memonopoli ekonomi dunia dan mengatur system ekonomi seluruh dunia.
·         System mata wang dikawal oleh Bank Dunia.

8.      GORGA
·         Merosakkan para pemimpin Negara, ulama dan ahli politik dengan pangkat, harta, judi, rasuah dan wanita.

9.      PLOTIS
·         MENDIDIK  para ulama Islam dengan fahaman Yahudi agar dapat merosakkan akidah umat Islam.

10. QORNUN
·         Memberikan dana dan pinjaman dalam khusunya sector perniagaan dan pertanian agar umat Islam sibuk dengan urusan dunia sehingga lalali terhadap akhiratnya.

Sunday, July 14, 2013

SANG NAFSU YANG DEGIL

Kisah nafsu yang degil dicatatkan dalam salah satu kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah. Beliau menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T.,

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". 

Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :

"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". 

Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' (lapar)  selama 100 tahun.

Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Subhanallah.. Allah sayang kamu.
Senyum.. :D


sumber inspirasi: iluvislam

Saturday, July 13, 2013



"Umat akhir zaman diuji dengan perasaan bahawa 24 jam sehari yang Allah sediakan untuknya itu terlalu pantas berlalu. 
Sedangkan dia lupa bahawa jumlah yang sama telah Allah berikan kepada generasi Islam yang lalu seperti Imam Nawawi. 
Namun, kepantasan masa berlalu itu lebih berpunca daripada kita membanyakkan perkara yang tidak bernilai yang mengisi kehidupan kita, lantas kita gagal mengesan bekas dan kesan masa itu apabila menoleh ke belakang".



sumber inspirasi:
Transformasi ramadhan, ust hasrizal abdul jamil


Thursday, June 6, 2013

ISRA' MI'RAJ :: EXPLORACE SEORANG KEKASIH MENUJU ALLAH


Ulama berselisih pendapat dalam menentukan ketetapan tarikh berlakunya peristiwa penting itu. Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Saddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdasi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.

Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sohih atau pun kata-kata Sahabat yang Sohih.

Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal. Justeru tiada nas yang menyebut keistimewaan beramal pada hari tersebut, sama ada dengan ibadat puasa atau yang lain, kerana puasa pada hari yang tidak jelas bila berlaku peristiwa itu adalah sebahagian daripada perkara bidaah, kerana tiada nas yang jelas menyuruhnya, tetapi jika kebetulan ia jatuh pada hari Isnin atau Khamis, puasa yang dilakukan itu dibolehkan kerana Nabi sering melakukannya.

Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).



Adakah Israk berlaku dengan roh dan jasad Nabi?

Musuh-musuh Islam terutamanya di kalangan Orientalis barat, telah meletakkan jarum-jarum mereka dalam penulisan buku-buku sejarah dan sirah baginda Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan agar umat Islam yang membacanya akan terkeliru dengan fakta sebenar mengenai perjalanan Israk dan Mikraj.

Mereka berpendapat, bahawa peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dalam mimpi baginda, iaitu hanya dengan roh sahaja dan tidak dengan jasad sekali, itu hanya dakwaan Muhammad semata-mata.

Namun bagi para ulama pula, mereka sepakat menyatakan bahawa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w. dengan roh dan jasad sekali, tidak hanya dengan roh seperti yang didkawa oleh musuh-musuh Islam.

Ini kerana mereka berpendapat, bahawa ungkapan perkataan 'hamba-Nya' dalam ayat pertama mengenai Israk merangkumi roh dan jasad pada diri seorang insan khususnya Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan ia berlaku hanya dengan roh sahaja adalah berdasarkan riwayat-riwayat palsu yang sengaja untuk melemahkan keperibadian Rasulullah.

Sedangkan terdapat riwayat menunjukkan bahawa baginda menerima pensyariatan ibadat solat lima waktu secara langsung daripada Allah SWT adalah dengan roh dan jasad, itulah satu-satu ibadat khusus yang diberikan Allah secara langsung kepada baginda berbeza dengan ibadat-ibadat lain.

Program masjid ke masjid menjadi ukuran hiburan baginda

Peristiwa Israk dan Mikraj berdasarkan penjelasan para ulama berlaku sebelum penghijrahan baginda ke bumi Madinah. Ia sebagai satu pendekatan Allah untuk menghiburkan Nabi-Nya yang kehilangan dua tonggak kekuatan dakwah baginda, iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Sayidatina Khadijah.

Sebagai manusia, baginda juga merasa sedih dan pedih dengan kematian dua orang penting yang banyak berjasa dalam mengembangkan sayap-sayap Islam di Makkah, namun Allah SWT mahu baginda terus berhubung kepada-Nya dalam keadaan yang penuh dengan kesedihan dan kemurungan.

Maka Allah Yang Maha Bijaksana telah merancang satu program berbentuk keagamaan, iaitu program masjid ke masjid, iaitu daripada Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, inilah contoh terbaik satu bentuk hiburan bagi menghilangkan perasaan gundah gulana yang dialami baginda selepas kematian dua tokoh terpenting.

Ia berlaku dalam semalaman sahaja yang menandakan bahawa Allah mampu bertindak demikian, walaupun ramai di kalangan manusia tidak mempercayainya malah menafikannya, sehingga pada waktu itu datang Abu Bakar as-Siddiq tanpa mengambil masa panjang terus mengiyakan peristiwa berkenaan.

Hasil daripada program masjid ke masjid

Yang paling penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj, ialah baginda menerima kewajipan solat lima waktu yang dijemput Allah secara langsung di langit yang ketujuh.

Walaupun pada peringkat awal, Allah mewajibkan 50 waktu solat yang dijangkakan bahawa umatnya tidak mampu untuk melakukannya atas nasihat Nabi Musa a.s, maka baginda terus melakukan tawar menawar dengan Allah agar dikurangkan kepada jumlah yang sedikit.

Baginda berjumpa dengan Allah dengan merayu kepada-Nya supaya ia dikurangkan, dengan perasaan malu baginda tetap berjumpa Allah sehingga ia dikurangkan kepada lima waktu, itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.

terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalh perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain.



Baginda mengimamkan solat nabi-nabi sebelum dimikraj

Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berangkat dengan 'Buraq' untuk menuju langit ketujuh, menjadi imam solat kepada nabi-nabi terlebih dahulu, antaranya Nabi Musa a.s., ia berdasarkan sebuah hadis, di mana baginda bersabda: "Jika Musa bin Imran diutus di kalangan kamu, maka tiada sebab dia menjadi salah seorang pengikutku."

Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah.

Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam terdahulu.

Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi beberapa ayat al-Quran mengenainya.

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.



Friday, May 3, 2013

Sahabat.. Aku Mahu Bersama Kamu Hingga ke Jannah



Sahabat secara jujurnya terkadang rasa malu terhadap diri ini kerna tidak mampu menjadi seperti kamu yang mampu berdiri dan berjuang melawan nafsu duniawi dan terkadang rasa hina kerna tidak mampu mencuba menarik kamu dari dunia jahiliyyah yang penuh dengan noda dan dosa. Sahabatku bukan satu, dua, atau dapat dibilang dengan jari tirus ku ini. Kamu beribu, antara beribu ada yang begini dan ada yang begitu.

            Buat sahabat yang berjaya menarik aku ke dunia yang diredhai Allah ini, aku ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerna Allah pertemukan aku dengan kalian. Tanpa kamu siapa lah aku? Hidup dalam keadaan yang penuh keladak dosa dan lumut-lumut noda. Tidak akan pernah aku tahu apa itu usrah, apa itu halaqah, apa itu mathurat, apa itu mentaddabur, apa itu qiamulail,da’ie, dan murabbi. Sungguh semahunya aku tunduk malu tidak mahu melihat wajah kalian kerna menyedari betapa khilaf dan jahilnya aku tentang makna aku diberikan nyawa dan akal oleh Allah. Memang pernah aku tersesat, aku tersungkur dalam gelap tercari-cari arah hidup yang sebenar dan pernah aku persoalkan apa makna aku hidup di dunia ini. Mujur aku bertemu kamu sahabat, masih mahu menghulurkan tangan, masih tersenyum, masih mahu mencium pipi ku ini biarpun kamu tahu betapa kotornya aku dengan noda dan dosa.

            Buat sahabat yang masih berjalan dan berlari diatas rumput yang penuh dengan lumut-lumut dosa. Sesungguhnya aku malu pada kalian kerna tidak mampu menarik kamu ke jalan baru yang aku temui kini. Maaf kalian, bukan aku mahu bahagia di jalan ini seorang diri, aku cuma tidak tahu bila aku diberikan kekuatan untuk menarik kalian. Maaf. Aku masih berjalan terkontang kanting di jalan baru ini. Maaf dan maaf aku cuma mampu melihat dan berdiam, hanya doa yang mampu aku titipkan buat kalian. Sungguh sahabat aku mahu bersama kamu semua hingga ke Jannah.

                                                                                   Nukilan oleh,
Yumie Sanny Tesl 1


Monday, April 29, 2013

Muhasabah Diri, Cara Qada Solat Yang Tertinggal


Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum….


Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2. Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu.


Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah. Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.
Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”
Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)
Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu pula ialah:
1.   Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

2.   Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

3.   Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

4.   Solat Zuhur:

“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

5.   Solat Asar:

“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala
Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada,  pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya,  jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Wallahualam…….




Rujukan : http://nasbunnuraini.wordpress.com

Saturday, April 27, 2013

MINGGU DAIE CYBER 2013

Pertama dan selamanya, syukur alhamdulillah kerana dengan izin Allah, MINGGU DAIE CYBER 2013 anjuran PGPI  berjalan dengan lancar hendak-Nya :)
Di sini kami selitkan bersama beberapa gambar  sepanjang minggu ini berlangsung.
HARI PERTAMA : Majlis Perasmian dan Malam Cinta Rasul@BAIS







HARI KEDUA : Bulatan Gembira bersama Matluthfi







HARI KETIGA : Explorace Milennia dan Forum Perdana PGPI




















 Malam : Forum Daie Cyber








 Akhir kata, di kesempatan ini, kami mewakili seluruh pihak dan AJK Pelaksana Minggu Daie Cyber 2013 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu mnggerakkan minggu ini. Terima kasih. Terima Kasih. Terima kasih. Alhamdulillah :)