Kisah nafsu yang degil dicatatkan dalam
salah satu kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi,
seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah. Beliau menerangkan bahawa
sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah
berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal mengadaplah
engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T.,
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang
bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?".
Lalu akal pun berkata, "Engkau
adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan
lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud
:
"Wahai akal tidak Ku-ciptakan
makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan
nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :
"Wahai nafsu, mengadaplah
kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.
Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku,
dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya
dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku
dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam
neraka Juu' (lapar) selama 100 tahun.
Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,
" Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan
bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Subhanallah.. Allah sayang kamu.
Senyum.. :D
sumber inspirasi: iluvislam
No comments:
Post a Comment