Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....ya Allah.
Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita, nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Sedikit perkongsian buat diri dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
InsyaAllah.
Kita umat terpilih, yang teristimewa kerana menjadi umat kepada kekasih Allah subhanallahu wa taala, nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, kekasih Allah. Oleh yang demikian, Allah subhanallahu wa taala juga menganugerahkan kita beberapa kelebihan yang tidak dimiliki oleh umat-umat terdahulu.
Pertama: Kita sebagai umat akhir zaman
Kita
adalah umat akhir zaman. Tidak ada lagi umat lain yang akan dijadikan oleh
Allah subhanallahu wa taala setelah kita. Namun, umat Nabi Muhammad sallallahu
alaihi wasallam berada pada saf yang pertama di padang mahsyar kelak. Hal ini
kerana kasih dan cinta Allah kepada umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi
wasallam yang tidak ingin membiarkan kita berada terlalu lama di padang
mahsyar. Subhanallah, Alhamdulillah, betapa beruntungnya kita menjadi umat
kepada nabi yang paling mulia, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
Kedua: Pahala
yang berlipat kali ganda
Setiap
kebaikan yang kita lakukan akan dibalas dengan berlipat kali ganda. Namun,
setiap dosa yang kita lakukan dibalas setimpal, tanpa dikurangkan atau
digandakan balasan terhadap dosa tersebut. MasyaAllah. Allahu Allah, sungguh
besar nikmat menjadi umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Ketiga: Syafaat
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
Kelebihan
yang seterusnya adalah syafaat daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
pada hari perhitungan kelak dengan izin Allah subhanallahu wa taala. Nabi-nabi
lainnya tidak diberikan keistimewaan ini oleh Allah subhanallahu wa taala.
Exclusive for Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Syafaat atau boleh
diertikan sebagai pertolongan, sangat kita perlukan apabila dihitungnya
amal-amal kita. Allahumma sholli alaihi wasallam. Lazimkan berselawat ke atas
junjungan besar kita, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Semoga dengan
kelaziman kita berselawat, kita tergolong orang-orang yang bakal mendapatkan
syafaat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
Keempat:
Penangguhan seksaan di dunia
Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam memohon kepada Allah subhanallahu wa taala agar
memberikan peluang kepada umatnya untuk bertaubat kepada Allah subhanallahu wa
taala. Berbeza dengan umat sebelum ini yang dilenyapkan secara tiba-tiba oleh Allah subhanallahu wa
taala disebabkan dosa-dosa mereka. Oleh yang demikian, lazimkan istigfar dan
solat sunat taubat. Jangan menangguh-nagguh untuk bertaubat kepada Dzat yang
Maha Pengampun, satu-satunya Dzat yang boleh mengampuni dosa-dosa manusia. Ajal
yang datang tanpa amaran cukup untuk mengingatkan kita agar tidak menunda
taubat.
“Astagfirullah al adzim, alladzi la
ilaha illa hua, alhayyul qayyum wa atubu ilaih.”
Kelima: Lailatul
Qadar
Lailatul
Qadar. Idaman bagi setiap umat yang beriman kepada Allah subhanallahu wa taala.
Semua menyedari hakikat bahawa malam tersebut merupakan malam yang lebih baik
daripada 1000 bulan. Diletakkan pada bulan yang paling mulia, bulan Ramadhan,
yang datangya setahun sekali. Pada malam-malam bulan Ramadhan, terdapat satu
malam yang Allah muliakan, dan beruntunglah orang yang beribadah pada malam
tersebut.
Allahu
Allah. Betapa beruntungya kita, dipilih oleh Allah subhnallahu wa taala untuk
menjadi umat kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, kekasih Allah. Insan
terpilih dunia dan akhirat. Kelebihan demi kelebihan Allah berikan kepada kita
kerana kita adalah umat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Semoga Allah
meringankan lidah kita untuk sentiasa memujiNya dan berselawat ke atas
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ya Allah. Segala puji ke atas-Mu kerana telah memilih kami menjadi umat nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang sempurna.
Wallahu
a’lam.
No comments:
Post a Comment