SERINGKALI KITA TERTANYA-TANYA, APA BEZA SAHABAT, TEMAN, KAWAN,RAKAN, TAULAN. BEZANYA HANYA DAPAT DISELAMI DENGAN MATA HATI..
A FRIEND IN NEED IS A FRIEND INDEED!
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
kecuali diri sendiri
tetapi, dalam kita bersendirian
kita beruntung kerana
mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,
begitulah juga dia,
tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapa n dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kits, dia juga tahu rasa kecewa.
Tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami.
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
IKHLASKAH kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh DIPERCAYAI,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar TIDAK REBAH?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar HARAPAN?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
kerana dia juga seorang MANUSIA,
Dia juga ada rasa TAKUT, ada rasa BIMBANG, SEDIH dan KECEWA.
Dia juga ada KELEMAHAN dan MEMERLUKAN seorang SAHABAT!
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia KETAWA, tetapi mungkin sebenarnya
dia TIDAK SETABAH yang kita sangkakan.
Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan.
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.
KITA TIDAK TAHU.
Tetatpi, jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin KITA AKAN TAHU.
RENUNGKANLAH~
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.
Ukhwah FiLlah, Mahabbah LiLlah~ |
1 comment:
Menarik ^_^
Post a Comment