bismillahirrahmanirrahim....
“Tiada jalan lain untuk mendapatkan husnul
khatimah melainkan taubat.
Salah satu faktor suul
khatimah ialah menunda taubat”
1
ikhlas
Kita
bertaubat daripada melakukan dosa bukan kerana sesuatu melainkan Allah
semata-semata. Benar-benar merasakan dari dalam hati dan memahami bahawa
jeleknya dosa. Kenapa perlu ikhlas? Hal
ini kerana sebesar apapun kesempatan untuk melakukan dosa, kita tidak akan
tertarik untuk melakukan dosa lagi.
2
menyesali
dosa masa lalu
Kita
perlu menyesali dosa-dosa yang telah kita lakukan. Kita juga perlu tahu dosa
terbahagi kepada dua iaitu dosa terhadap Allah dan dosa terhadap manusia. Allah
swt tidak akan mengampuni dosa seseorang jika berdosa kepada manusia.
Contoh:
Ahmat
meminta maaf kepada ayahnya kerana dia tidak pernah melakukan solat. Urusannya
tidak selesai kerana Amat berdosa terhadap Allah bukan terhadap ayahnya.
Ros
memohon ampun kepada Allah kerana dia banyak mengumpat dan memburukkan-burukkan
orang lain. Urusannya tidak selesai lagi kerana dia bersalah terhadap
orang-orang yang telah dia umpat. Dia perlu meminta maaf kepada orang-orang
yang telah dia umpati.
Maka,
kita kena tahu sama ada dosa terhadap Allah atau terhadap manusia.
3
bertekad
kuat untuk tidak mengulangi dosa
Bulatkan
tekad, kuatkan azam bahawa kita tidak akan mengulangi dosa tersebut. Berjanji
dengan diri sendiri bahawa kita tidak akan mengotori mana-mana anggota badan
kita dengan maksiat walau apapun yang terjadi.Yakin bahawa ada Allah swt yang
akan menolong dan melindungi kita selagi mana kita meminta perlindungan-Nya.
Surah
al-A’raf,(7;200)
“Dan jika kamu sesuatu godaan
syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.”
4
memperbaiki
kewajipan agama yang telah disia-siakan
Jika
tidak pernah solat, maka solat. Jika selalu bergosip, berhenti dan minta maaf
terhadap mangsa-mangsa yang pernah menjadi bahan gossip. Jika pernah mencuri,
maka barang tersebut perlu dikembalikan kepada pemiliknya. Jika tidak bertemu
dengan pemiliknya, maka berikan kepada keluarganya ataupun infakkan di jalan
kebaikan atas nama orang yang telah dizalimi. Hal ini kerana, semuanya akan
ditagih pada hari kiamat.
Sabda
Rasulullah saw, mafhumnya:
“baragsiapa
menzalimi saudaranya berupa harta, hendaknya dihalalkan sekarang, jika tidak
akan ditagih”
5
menguruskan
diri yang tumbuh dengan maksiat
Jika
selama ini badan kita sihat, gemuk, tegap dengan makanan-makanan haram dan
syubhah, maka berpuasalah menguruskan badan. Setelah itu, kita isi semula
dengan makanan-makanan yang halal. Buatlah diri kita menderita dengan kebaikan
dan ketaatan.
Jika
kaki kita sebelum ini sering mengunjungi tempat-tempat maksiat, mendengar atau
melihat sesuatu yang diharamkan Allah, maka setelah bertaubat, paksa diri,
tebalkan muka kita duduk dalam majlis-majlis ilmu, mendengar tazkirah,
mendatangi rumah-rumah Allah untuk solat berjamaah.
Butakan
sahaja mata daripada jelingan-jelingan yang boleh mematahkan semangat kita,
tulikan sahaja pendengaran kita daripada sindiran-sindiran mereka. Allah yang
akan menghakimi kita, bukan mereka. InsyaAllah, bak kata pepatah, alah bias
tegal biasa.
6
meninggalkan
dan membenci keburukan ,mencintai
kebaikan zahir batin
Tinggalkan
keburukan-keburukan yang telah kita lakukan walaupun keburukan tersebut
merupakan kebiasaan, habit, kita. Pada masa yang sama, kita perlu
mencintai kebaikan.
“barangsiapa
yang meninggalkan keburukan, tetapi tidak disertai dengan melakukan kebaikan,
maka taubatnya belum sempurna.”
p.s: Taubat perlu dilakukan setiap hari, sekurang-kurangya beristighfar... Lebih baik jika melaksanakan solat sunat taubat.
Wallahu
a’lam.
SUMBER INSPIRASI
Tazkirah:
Ajal tidak menunggu taubatmu, Ustaz Zainal Abidin.
No comments:
Post a Comment