Tuesday, December 14, 2010

Sebuah Kebenaran

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasanya masih belum terlambat untuk PenaPGPI mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432, khusus kepada sahabat-sahabat PenaPGPI dan seluruh umat Islam amnya. Nampaknya tahun baru telah menjelang. Harapan PenaPGPI agar kita semua telah mempunyai target yang mahu dicapai dalam tahun baru ini. Bagaimana dengan target yang lama? Sudah tercapai atau belum? Seandainya belum,mari kita berazam untuk mencapainya pada tahun baru hijrah ini. Moga setiap target atau impian yang mahu kita capai bukanlah sesuatu yang bakal memudaratkan diri kita mahupun orang lain baik bagi kehidupan di dunia ini atau di alam akhirat sana. InsyaALLAH. Pada kali ini, PenaPGPI mahu berkongsi sebuah cerita sebagai santapan rohani dan ingatan buat diri kita bersama. Cerita ini berkenaan dengan SEBUAH KEBENARAN. Ayuh sahabat, mari kita baca!


Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah."Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."
 "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.
 Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium dan menghidu" Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang berkata-kata" Tangan meneruskan, "Saya yang memegang dan menggenggam." Kaki menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari."
 "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan
 kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam.
 Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.
Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
 Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr 

Segeralah bertaubat kerana tarikh kematian
kita tiada siapa ketahui
Selembar bulu mata jadi saksi atas titisan taubat seorang hamba ALLAH. MasyaALLAH. Bagi PenaPGPI cerita ini bukanlah mahu mengatakan bahawa buat lah dosa sebanyak-banyaknya  dan kemudian menangislah seketika untuk dosa yang kau lakukan dan kemudian lakukanlah semula. ALLAHUAKBAR! Jangan ada antara kita pemikiran sebegitu kawan-kawan. Seandainya kau telah melakukan dosa, maka bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Yakni, janganlah ada lagi dalam hatimu secebis rasa mahu melakukannya semula. Kawan-kawan, ALLAH itu Maha Pengampun. Bertaubatlah kita selagi ALLAH masih memberi kita nyawa untuk melakukannya. 

Sesungguhnya ALLAH S.W.T. amat gembira menerima taubat hamba-hambaNya, melebihi kegembiraan si pengembala kambing yang menemui kambing-kambingnya yang hilang. Melebihi rasa kegembiraan kita dalam menemui barangan kesayangan kita yang telah hilang juga. ALLAHUAKBAR! Ingatan ini juga buat PenaPGPI kerana setiap daripada kita pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Maka, mari sama-sama kita bertaubat!

No comments: