Bismiilahirahmanirrahim
Assalamualaikum teman-teman PenaPGPI. Apa khabar? Nampaknya lagi beberapa hari lagi kita semua akan bertemu di kampus kesayangan, IPG Kampus Raja Melewar. Bagaimana? Sudah bersiap sediakah kita untuk memasuki arena ilmu yang telah hampir dua bulan ditinggalkan? Harapnya, tidaklah selama dua bulan ini kita sepi daripada sebarang ilmu yang bermanfaat. Jom, mari set minda kembali untuk bersemangat dalam menempuh hari-hari di kampus kelak. Moga segala yang kita lakukan, ikhlas dalam membentuk diri menjadi seorang pendidik yang dapat membawa anak didiknya kelak menuju kebahgiaan dunia dan akhirat. InsyaALLAH.
Kali ini PenaPGPI ingin sekali berkongsi sebuah artikel berkenaan 'Penyebab-penyebab Amalan Kita Ditolak Allah'. Kita perlu tahu tentang perkara ini agar dapat sama-sama kita muhasabah kembali apa yang telah kita lakukan selama ini. Moga segala amalan yang dilakukan tidak sia-sia.
Mengapa Amalan Ibadah Kita Ditolak Oleh Allah?
Kisah Mu'az bin Jabal menangis dengan hebatnya setelah mendengar nasihat Nabi s.a.w. bilamana beliau menceritakan amalan-amalan yang di bawa oleh malaikat Hafazhah tidak dapat diterima-Nya oleh beberapa sebab seperti sikap perbuatan hamba-Nya yang tidak diperkenankan.
Kisahnya begini:
Pada suatu hari, seorang lelaki bertanya kepada Mu'az bin Jabal: "Apakah hadith-hadith yang tuan pernah dengar daripada Rasulullah s.a.w.?" Mu'az pun terdiam sebentar. Kemudian Mu'az pun dengan tiba-tiba sahaja menangis dengan hebatnya seolah-olah tidak akan berhenti lagi. Setelah lama kemudian, Mu'az mulai reda daripada tangisannya dan berdiam seketika, lalu Mu'az pun berceritalah, katanya: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Mudah-mudahan akan menjadi kebaikan kiranya bagi jika engkau selalu ingat dan sentiasa awas". Demikianlah sabdanya. Lalu Mu'az pun meneruskan kisahnya lagi.
"Allah telah menjadikan tujuh malaikat, sebelum Allah menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Pada setiap lapisan langit ada pintunya, ditugaskan pada setiap pintu langit seorang malaikat yang begitu besar dan tersangat cantik serta indah dan hebat".
1. Pengumpat
Naik malaikat Hafazhah kelangit pertama membawa amalan seorang hamba yang dilakukan pagi dan petang, siang dan malam, bersinar-sinarcahaya amalannya seperti matahari, lalu malaikat penjaga pintu langitpertama berkata: "Bawa kembali amalan orang itu dan hempaskankemukanya! Aku Allah tempatkan di sini sebagai peneliti dosa orang-orang mengumpat supaya tidak membiarkan amalan-amalan orang mengumpat naik melintasi aku ke atas".
2. Bermegah Dengan Kebendaan
Datang pula malaikat Hafazhah lainnya yang telah melepasi pintu langit pertama yang membawa amalan soleh hamba Allah yang sangatbersinar-sinar amalannya itu. Apabila sampai kelangit kedua, makamalaikat penjaga pintu lagit itu pun berkata: "Berhenti! Ambil amalan itudan pukulkan ke muka orang yang empunya amalan itu, keranabersarang dengan kemegahan dunia, tidak boleh melintasi aku kerana ia bermegah-megah dengan amalannya kepada manusia, mencari keredhaan manusia (kerana pangkat, kerana jabatan, kerana wang, kerana nama, dan kerana pujian dan sebagainya)".
3. Takabur
Naik pula malaikat Hafazhah yang lainnya lagi, yang telah melepasi pintu langit pertama dan kedua yang membawa amalan hamba Allah yangbercahaya dan cemerlang dari amalan sedekah puasa, sembahyang yangmenakjubkan malaikat Hafazhah sendiri. Apabila tiba dilangit ketiga,ditahan oleh malaikat penjaga pintu langit ketiga. Katanya: "Berhenti! Ambil amalan itu dan pukulkan kemuka tuannya, aku malaikat pengawas sifat-sifat takabur, tidak membenarkan melintasi aku dengan perintah Allah, kerana amalan ibadahnya mengandungi sifat takabur, selalu takabur dalam majlis ramai".
4. `Ujub
Naik pula malaikat Hafazhah yang lainnya lagi kelangit yang keempat, yang telah melepasi pintu langit pertama, kedua dan ketiga yangmembawa amalan hamba Allah yang bersinar-sinar cahayanya. Sungguhhebat, berdengung bunyinya amalan itu yang berisi tasbih, sembahyang, haji umrah, tidak dibenarkan melintasinya, lalu berkata malaikat penjaga pintu langit itu: "Berhenti di sini! Tidak boleh melewati dari sini, aku malaikat penjaga pintu langit keempat, diperintah Allah amalannya itu dipukul kebelakangnya dan diperutnya kerana aku malaikat peneliti sifat `ujub, dia sangat `ujub (takjub/hairan) dengan amalan sendiri (merasa bangga kerana banyak amalan hingga menghairankan dirinya".
5. Hasad Dengki
Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu langit pertama, kedua, ketiga dan keempat yang membawa amalan hambaAllah, apabila tiba dipintu langit yang kelima, dilihat oleh malaikat penjaga pintu langit kelima itu bahawa malaikat Hafazhah membawa amalan seperti belarak pengantin perempuan dengan hebatnya. Lalu malaikat penjaga langit itu berkata: "Berhenti! Pukulkan amalan itu kemuka tuannya, ketengkuknya, kebahunya, aku malaikat pengawas sifat dengki manusia tidak akan membenarkan orang-orang yang hasad dengki amalannya itu naik melewati aku dilangit kelima ini".
6. Rahim
Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu langit pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima yang membawa amalan hamba Allah, apabila tiba dipintu langit yang keenam, lalu ditahan oleh malaikat penjaga langit keenam: "Berhenti! Ambil amalannya itu dan pukulkan kemuka tuannya kerana dia tidak bersifat rahim sesama manusia seperti orang yang ditimpa bala/musibah dia hanya suka sahajamelihatnya. Aku malaikat rahmat sentiasa meneliti sifat rahim manusia. Allah perintahkan aku supaya jangan membiarkan amalan hamba yang tidak bersifat rahim naik ke atas".
7. Riak
Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu langit pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam yang membawa amalan hamba Allah yang indah cemelang bersinar-sinar seperti matahari diiringi oleh tiga ribu malaikat, apabila tiba dipintu langit yang ketujuh, maka ditahan oleh malaikat pengawal pintu langit itu:
"Berhenti! Pukulkan amalan itu kemukanya dan segala anggota badannya dan tutupkan pintu hatinya dengan amalan itu. Aku diperintahkan Allah melarang orang yang begini amalannya meliwati dari langit ketujuh kerana amalannya menghendaki pujian dari ahli-ahli ilmu (ulama' fuqahah) supaya dia disebut termasuk ke dalam golongan ulama' fuqahah supaya mashur namanya (amalan riak: memperlihat-lihatkan, menunjuk-nunjuk kepada manusia mencari pujian dari amalannya itu)- kerana amalannya itu tidak ikhlas kerana Allah – riak kepada manusia– Allah tidak melihat amalan orang yang riak".
8. Tidak Ikhlas
Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu langit pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh yang membawa amalan hamba Allah yang soleh dari sembahyangnya,zakatnya, haji umrahnya, solehnya, waraknya, baik akhlaknya, berdiam diri sentiasa dalam zikir. Diiringi oleh malaikat segenap petala langit kerana kebesaran, kehebatan amalannya itu sehingga dapat melintasi segenap tujuh lapisan pintu langit dan menembusi segala hijab yang amat jauh di atas dari langit ketujuh terus menuju kehadrat Allah s.w.t. lalumereka sekeliannya berhenti dihadapan Allah taala menjadi saksi atas amalan orang soleh itu kerana ikhlasnya. Allah berfirma yang bermaksud: "Kamu semua penjaga amalan hamba-hamba-Ku, Aku pengawas atas dirimu. Sebenarnya amalannya bukan kerana keredhaan-Ku, hanya lain yang dicarinya, maka Aku laknatkan ke atasnya", dan semua malaikatpun turut melaknat pula bersama Allah dan melaknatkan pula oleh tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan segala isinya.
Oleh itu teman-teman, mari kita sama-sama muhasabah diri kita.
insyaALLAH..
2 comments:
rahim tuh aper sebenarnyer?? minx maaf..sy kurang arif dgn maksud rahim tersebut..
Rahim dalam konteks penulisan di atas merujuk kepada sifat penyayang. Wallahu'alam.
Post a Comment