Assalamualaikum. Apa khabar teman-teman PenaPGPI? PenaPGPI snetiasa mengharapkan agar teman-teman sentiasa berada dalam keadaan sihat dan diberkati ALAH akan hidupnya. Nampanknya dalam masa dua minggu lagi kita bakal bersua di kampus kesayangan. Moga saki baki cuti yang ada ini dapat kita maksimakan lagi dengan pelbagai perkara yang mendatangkan manfaat yang berguna buat diri, agama dan negara. insyaALLAH. Sedikit perkongsian dari PenaPGPI untuk hari ini brkenaan hari Jumaat- Penghulu sekalian hari. Moga bersama peroleh manfaat.
Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “HR Bukhari
Huraian:
1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.
3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.
4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak.
SUMBER: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Antara amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat.
Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz
Teman-teman yang berstatus LELAKI MUSLIM yang cukup syaratnya, JANGAN BUAT-BUAT LUPA untuk SOLAT JUMAAT. Apa syaratnya?
1. Islam - Tidak wajib ke atas orang kafir
2. Baligh- Tidak wajib ke atas
kanak-kanak
3. Berakal - Tidak wajib ke atas orang gila ,
mabuk atau pengsan
4. Lelaki - Tidak wajib ke atas wanita
5. Berkemampuan – tidak wajib ke atas orang uzur / sakit atau ada perkara menghalang ke masjid
6. Bermukim / bermastautin – tidak wajib bagi orang musafir
7. Merdeka – Tidak wajib ke atas hamba wallahu'alam
NOTA: Selamat menunaikan solat Jumaat~
No comments:
Post a Comment