Tuesday, November 8, 2011

Harus Seiring!

Bismillahirrahmanirrahim..

AlhamduliLlah..segala puji bagi ALLAH kerana masih mengizinkan kita untuk hidup dimuka bumi-Nya yang luas ini. Marilah kita sama-sama menggunakan saki baki hidup yang diberikan kepada kita dengan sebaiknya. Bagaimana sebaiknya itu? Tepuk dada, tanya iman. [ PenaPGPI sentiasa mendoakan agar teman-teman berada pada matlamat hidup Islam yang benar.insyaALLAH ]

AlhamduliLlah, pada hari ini kita semua telah berjaya mengadakan majlis korban peringkat IPG Kampus Raja Melewar bagi tahun 1432H atau bersamaan 2011M. Walaupun ada mata yang mengalirkan airmata dan sebagainya tatkala sedang menjamah masakan yang telah disediakan oleh chef hebat kita [Ustazah Maimunah], PenaPGPI percaya bahawa teman-teman berasa amat seronok kerana dapat menyumbangkan tenaga dalam majlis ini. Syabas dan tahniah PenaPGPI ucapkan. Keseronokan dan kegembiraan yang kita perolehi pada hari ini bukanlah hanya pada makanan yang kita dapat. Malah, andai kita benar-benar dapat singkap gambaran disebalik itu; maka kita akan dapat lihat ikatan ukhuwah telah dapat dijalin erat sesama kita juga antara kita dengan para pensyarah serta staf sokongan yang turut hadir. AlhamduliLlah. Moga berkekalan dengan izin ALLAH swt.

* * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  * * *  * * * * * * * * * * *

PenaPGPI turut ingin mengucapkan....SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN IPG KAMPUS RAJA MELEWAR yang bakal bermula pada hari esok.


Moga teman-teman dipermudahkan untuk menjawab soalan yang diajukan didalam kertas peperiksaan. insyaALLAH. Banyakkanlah berselawat dan berdoa kepada ALLAH untuk memohon dipermudahkan segalanya. Jangan tidur lambat. Banyakkan berehat pada malam sebelum hari peperiksaan terutamanya.

Jangan jadi macam ni ye...

Disini PenaPGPI ada beberapa doa yang boleh diamalkan oleh teman-teman. Antaranya ialah


DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMANYANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATAPELAJARAN
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"



DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)



DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)



DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG 

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


Apa yang penting selain doa ialah USAHA! Jangan sekadar kita bermati-matian berdoa tapi buku langsung tidak dibuka atau kalau dibuka pun dibaca sambil lewa. Say NO..NO..NO...! 

USAHA + DOA +TAWAKAL = HARUS SEIRING!

[seperti dalam persamaan diatas...] ada TAWAKAL. Ya. Setelah kita berusaha sebelum dan semasa peperiksaan, maka yang penting sekali ialah perlulah kita serahkan segala-galanya kepada ALLAH SWT. DIA Maha Tahu segala yang terbaik buat kita.

Ok. teman-teman. Semoga BERJAYA!!! insyaALLAH...amiiinnnnnn~ 

No comments: