Tuesday, September 13, 2011

Raya Oh Merdeka

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur kepadaMu, ya ALLAH atas tiap-tiap kurnianMu pada kami hambaMu. Pada tahun ini sudah masuk tahun ke-54, negara kami memperoleh kemerdekaan dan dapat mengecapi atmosfera keamanan tanpa berbau darah dan gas beracun di merata tempat. Tidak melihat mayat bergelimpangan di mana-mana dan tidak mendengari laras senjata yang digunakan sesuka hati untuk meragut nyawa yang tidak berdosa.

Nampaknya, sudah lama PenaPGPI tidak menelusuri dan mencoret serba sedikit di dalam blog ini untuk beberapa minggu. Kami memohon maaf atas kelambatan entri terbaru di sini.

'Raya Merdeka' atau 'Merdeka Raya' (mana-mana pun boleh) merupakan jalan cerita sambutan Eidulfitri kita pada tahun ini.

Salam Eidulfitri dan Salam Kemerdekaan diucapkan buat teman-teman PGPI. Bagaimana dengan puasa enam kita? Sudah atau belum? Atau 'tak payah lah'. =). (Teman-teman teruskan pembacaan kalian dibawah)

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.


Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda: 
                                       مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.



Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164]. 



Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. 

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.



Sumber: TranungKiteOnline

Teman-teman walaupun  Puasa Enam Syawal itu adalah sunat (Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal)), namun ia mempunyai hikmahnya yang tersendiri bagi pelakunya. Hikmah dari sudut kesihatan, seperti yang kita sedia maklum sistem pencernaan kita semasa di dalam bulan Ramadhan berehat di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri. 

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baik seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di dalam bulan Ramadhan dapat diteruskan di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Hal ini seperti menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada ALLAH. (taqarrub = mendekatkan diri)

Ayuh, PenaPGPI menyeru diri kami serta teman-teman untuk kita sama-sama melaksanakan puasa enam terutama kepada yang masih lagi belum memulakannya. Kita masih ada beberapa hari lagi di dalam bulan Syawal. Jom!

Tanah tumpah darahku~
Ehsan: Google Image
PenaPGPI beralih kepada perihal kemerdekaan. Satu soalan cepumas PenaPGPI, "Sudahkah kita benar-benar merdeka?" atau dengan ayat lain "Merdekah kita?". Mungkin ada yang terkejut dengan persoalan yang diutarakan dan mungkin juga sudah biasa mendengarinya. Namun, inilah persoalan yang perlu benar-benar kita jadikan sebagai medium muhasabah diri. Ya, benar. Malaysia (alhamdulillah) secara 'kasar'nya sudah tidak mempunyai kepala bermata biru mahupun bermata sepet untuk mengemudi bahtera layar negara. Sudah tiada lagi kepala yang hilang akibat dipenggal penjajah yang 'gila darah' dan tiada lagi kerahan tenaga bagi mengumpul khazanah bumi tercinta buat manusia 'berkepala emas'. 

Andai teman-teman telus dalam muhasabah diri, apakah sebenarnya jawapan kepada soalan diatas sebentar tadi terutama apabila melihat diri sendiri. Tidak usah kita melilau mencari jawapan untuk orang lain. Yang seharusnya segala jawapan berdasarkan diri kita sendiri. Diri kita sebagai seorang Muslim setepatnya; serta juga lihat diri kita sebagai seorang warga Malaysia secara amnya. 

Sebagai seorang Muslim yang menyatakan 'Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH, nabi Muhammad pesuruh ALLAH', dimanakah letaknya ia di dalam jiwa kita?

Benarkah kita merdeka dengan sebenar-benar merdeka? 

Berhati-hatilah teman-teman..

Berhati-hatilah kita dengan segala macam jalan dunia yang suka melihat kita (Muslim) tergelincir dari jalan yang benar ini. Pelbagai jalan dan cara yang digunakan untuk menghancurkan kita. Teringat PenaPGPI akan sebuah kisah perihal ini. 

Kisah seorang paderi yang sedang menurunkan 'ilmu'nya kepada kader-kader paderi yang baru. Soalan yang dilontarkan kepada kader-kadernya ialah," Bagaimana kita ingin menjauhkan umat Islam dari Al Quran?" sambil meletakkan sebuah mushaf al-Quran di tengah permaidani yang dibentang. 
Lalu salah seorang kader paderi dengan yakin berkata, " Mudah saja!..kita ambil sahaja Al Quran di tengah permaidani itu!"

Balas ketua paderi," Tidak sama sekali! Kita tidak akan mampu menggunakan kekerasan sekarang jika ingin menjauhkan umat Islam dari Al Quran!"

"Jadi, bagaimana?”soal kader paderi itu tadi. 
Ketua paderi tersenyum seraya berkata, " cuba kamu gulung permaidani itu perlahan-lahan."
"Baik."
"Perhatikan, Al Quran itu dapat kita kuasai tanpa perlu memijak permaidaninya bukan!?" sambil tersenyum puas,kader paderi itu tergelak sehingga terangkat-angkat bahunya dan bergemalah dewan gereja dengan hilai tawa mereka.

Ingatlah teman, 
“ Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama (telunjuk) mereka…”

[QS; Al Baqarah(2): 120]


Merdekakanlah dirimu dalam jalan yang sebenarnya. Jalan yang membawamu bahagia selama-lamanya. insyaALLAH. Ingatlah juga bahawa Muslim itu sewaktu didunia ia 'sengsara'. Sengsara dek menahan nafsu yang bergelodak dalam diri untuk menuruti segala macam kemanisan dunia yang sementara. Namun, andai kita berjaya menghadapi 'kesengsaraan' ini dengan tabah, insyaALLAH, kemanisan yang selamanya bakal kita perolehi diakhir cerita kita kelak. insyaALLAH.

ya ALLAH, tunjukki kami jalan yang lurus.
ehsan :Google Image

Sekadar ini sahaja perkongsian dari PenaPGPI. Moga segala manfaat dapat dihayati bersama. wallahu'alam.

No comments: