Friday, February 8, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT IPGK RAJA MELEWAR

Alhamdulillah...
6 Februari 2013  yang lalu,  sambutan maulidur rasul peringkat IPGKRM telah berjalan dengan jayanya. Sambutan kali ini diraikan dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan meriah.
Sambutan ini telah dikelolakan  oleh unit JAPIM  bersama dengan unit Jabatan-jabatan yang lain.

Sambutan bermula pada jam 2.30 petang di Balai Islam.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya persembahan daripada guru-guru pelatih Islam yang terlibat. Persembahan tersebut ialah nasyid, qasidah dan marhaban.

Selesai sahaja persembahan daripada guru-guru pelatih, majlis diteruskan dengan talk oleh Tn Hj Muzni dari Jabatan Agama Islam Daerah Rembau. Talk beliau yang penuh santai dan bersemangat itu sememangnya memberi kesedaran akan hebatnya seorang insan Agung iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Sepanjang talk tersebut kesemua hadirin memberikan sepenuh tumpuan pada tuan penceramah tersebut.

Sepanjang majlis berlangsung :
~Persembahan Nasyid~ 

Bacaan Selawat Beramai-ramai... bergema satu BALAI ISLAM :)









Alhamdulillah , BALAI ISLAM  padat dengan kehadiran warga IPGKRM  :)

Muslimin bersemangat berselawat bersama-sama..

Tuan Penceramah :)
p/s : Maaf di atas kualiti foto yang kurang menyenangkan.
Alhamdulillah..Terima kasih buat semua yang membantu menggerakkan majlis ini.

No comments: