Thursday, February 7, 2013

KELAS "MARI BELAJAR JAWI"

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, baru-baru ini  pada 4 Feb 2013, Lajnah Kerohanian PGPI telah berjaya mengadakan satu majlis ilmu yang sangat osem iaitu kelas "Mari Belajar Jawi".
Kelas ini telah dibimbing oleh Saudara Mohammad Zaki bin Mohammad Daud dari unit PAI Semester 3.

Kelas ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Para hadirin begitu bersemangat dan seronok di sepanjang kelas berlangsung.

Aktiviti di sepanjang kelas Mari Belajar Jawi:









Kelas kali ini memberi fokus utama terhadap suku kata jawi dan ejaan-ejaan yang mengelirukan.
Hasil dan respon daripada para hadirin ..kami dapati, kelas ini sangat berguna,best  dan bagus bagi membentuk guru-guru yang celik jawi... :)

Akhir sekali, jutaan terima kasih dan tahniah buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kelas ini. Semoga ianya sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita.
 In sha Allah ,ada rezeki kita buat kelas cenggini lagi ye :)

No comments: