Tuesday, May 8, 2012

Belajar Aqidah Daripada Pipi dan Tangan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركته




Aqidah adalah sesuatu yang terlalu abstrak untuk kita terangkan kepada anak-anak atau anak-anak murid kita kelak. Kali ini saya ingin menulis sedikit cerita ringan yang mungkin dapat di renungkan oleh sahabat-sahabat semua dan saya sendiri khususnya. Malah cerita ini juga boleh dijadikan untuk pendidikan kepada anak-anak murid kita kelak. Kita tidak tahu keadaan yang akan datang dan yang kita sedia maklum bahawa kanak-kanak zaman sekarang berbeza daripada zaman kita dahulu.


Belajar Aqidah dari Pipi dan Tangan merupakan sebuah cerita aqidah pendek yang boleh kita ambil isi nya yang sangat bermanfaat kepada kita jika suatu hari nanti anak-anak kita bertanya tentang kewujudan Allah dan juga menjadi pengajaran kepada diri kita sendiri.


Pada suatu hari setelah guru sedang selesai mengajar di dalam kelas dan hendak keluar daripada kelas, ada seorang murid lelaki bertanya kepada guru berkenaan...

“Apakah cikgu percaya Allah ada?” Tanya murid tersebut.
Guru menjawab, “ya, saya percaya.”
“Apa buktinya jika Allah itu ada? Kerana kita tidak nampak Allah
” Tanya murid itu lagi.
Guru hanya diam. Seperti murid itu tersenyum puas dengan pertanyaan nya tadi, kerana guru terlihat tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut.

“Iblis laknatullah terbuat dari apa?” tanya murid itu lagi.
Kemudian gurunya menjawab  "Api”.
“Apa hukuman bagi iblis laknatullah?” tanyanya kembali.
Gurunya menjawab lagi “di dalam api neraka yang sangat panas”.
“Adakah api dengan api pasti tidak akan terasa panas?” tanya murid itu lagi.
Dan guru pun tersenyum kembali.

Dipanggillah murid tersebut dihadapannya dan ditampar keras-keras oleh guru tersebut  hingga murid tersebut merasa kesakitan yang amat sangat.

Guru kemudian bertanya "Adakah sakit?”
Murid menjawab “ya cikgu”.
”Saya tidak percaya jika itu sakit, mana buktinya?” Jawab guru kembali.
Guru kembali bertanya  "tangan cikgu dan pipi kamu di perbuat dari apa?”
“dari daging cikgu” jawab murid tersebut.
“Nah, sekarang kamu telah jumpa jawapan untuk pertanyaan kamu tadi.” Jawab guru.

Akhirnya murid tersebut pergi dengan rasa sakitnya dan juga masih sedikit bingung dengan perkataan gurunya “Nah, sekarang kamu telah jumpa jawapan untuk pertanyaan kamu tadi.”

Apakah sahabat-sahabat mengerti maksudnya???
Allah itu wujud walaupun kita tidak nampak zat Allah..Allah berada di mana-mana sahaja. kita tidak perlu pertikaikan kewujudan Allah kerana yakin Allah itu wujud dan ada..bukti kewujudan Allah ialah dengan adanya diri kita sendiri, alam, bumi dan makhluk-makhluk di dalamnya.jika tiada pencipta, siapa yang mencipta semua ini. fitrah alam ialah segala yang ada di alam ini memerlukan pencipta dan pencipta bagi sekalian alam dan makhluk ini ialah Allah yang Maha Esa. kita perlu percaya dan beriman bahawa Allah itu wujud dan ada.

Firman Allah :


الله خلق كل شيئ وهو على كل شيئ قدير
                                     ( سورة الزمر : أية62 )    
Ertinya: Allah yang mencipta setiap sesuatu dan Dialah yang mentadbir
serta menguasai segala-galanya.

Hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya kerana kita beriman dengan Allah. 


No comments: