Syahadah yang
ucapkan setiap hari dalam solat itu ada tuntutannya. Tuntutan ini wajib
dilaksanakan bagi setiap muslim. Kenapakah? Sebab kalau muslim, dah sah sah dia
lafaz syahadah. Rukun Islam pertama, mengucap dua kalimah syahdah.
Apakah tuntutan
itu?
Dua tuntutan
syahadah:
1. Meninggikan kalimah laa ilaha illallah
1. Meninggikan kalimah laa ilaha illallah
2. Menyeru kepada
yang makruf dan mencegah kemungkaran (Amar makruf nahi mungkar)
Persoalan
seterusnya, bagaimanakah untuk memenuhi dua tuntutan ini?
Tidak lain tidak
bukan ialah melalui IBADAH.
Ibadah pula
terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.
Ibadah khusus
ialah puasa, solat, menunaikan haji dan membayar zakat, seperti yang dinyatakan
dalam Rukun Islam.
Ibadah umum pula
apa sahaja tindakan yang diniatkan kerana Allah taala. Terdapat beberapa syarat
untuk memastikan pekerjaan yang kita lakukan bernilai ibadah. (Rujuk buku
Mukmin Profesional karangan ustaz Pahrol Juoi)
Tuntutan atau
kewajipan yang dipenuhi berdasarkan kepada 5 peringkat yang dikenali sebagai
maratib amal.
1. Fardhu muslim
2. Baitul muslim
3. Musytama' muslim
4. Daulah Islamiah
5. Khilafah Islamiah
Apa yang penting,
dalam setiap peringkat ini, bermula dari diri (fardhi) sehingga mencapai
Khilafah Islamiyah, memerlukan proses dan kaedah.
Proses dan kaedah
itu ialah tarbiyyah, dakwah dan siasah. Kita membina diri melalui tarbiyyah.
Dalam kita membina diri, kita juga mengajak (berdakwah) keluarga dan
rakan-rakan kita untuk meningkatkan kefahaman sesama kita. Contohnya melalui
usrah. Siasah secara khusus lebih kepada soal pentadbiran Negara ataupun lebih
dikenali sebagai politik.
Ada lagi satu
perkara yang perlu kita fahami bahawa kita tidak mampu melaksanakan tuntutan
ini secara sendirian hatta dalam pembinaan diri kita sendiri. Manusia adalah
makhluk yang bersosial. Kita memerlukan sokongan dan peringatan daripada orang
sekeliling kita kerana sifat insan itu mudah lupa. Hakikatnya, kita memang
tidak boleh sendirian. Apakah interaksi itu berbentuk simbiosis, mutualism,
parasitism ataupun sapropitism, interaksi antara kita memang sentiasa berlaku.
Ringkasnya,
Kita (MUSLIM) ada
misi yang BESAR (gaya macam spy_).
Apakah itu? Menegakkan kalimah laa ilaha illallah di atas
muka bumi ini.
Bagaimana? Banyak
caranya. Ikut kemampuan dan kepakaran kita. Islam itu luas, maka jangan
disempitkan. Selagi mana cara itu baik dan tujuannya lillahi taala, insyaAllah,
ada nilainya di sisi Allah.
Kita guru, maka
peluang dakwah kita sangat besar. Tambah-tambah kita mengajar di sekolah
rendah. Masya Allah. Tempoh 5 tahun setengah di maktab, raihlah sebanyak mana
pengalaman. Jangan menghadap buku sahaja. Keluar juga dari maktab dan timba
pengalaman di luar.
Semangat! Setiap
daripada kita berpotensi untuk membantu agama Allah walaupun hakikatnya Allah
swt tidak memerlukan sesiapa untuk menegakkan agama Islam. Tak payah perah otak
fikir benda besar-besar, takut tak terbuat. Yang mudah-mudah sudah. Allah
memberi kita peluang untuk memudahkan kita mendapat syurga-Nya. Besarnya rahmat
Allah buat kita semua.
Wallahu a’lam.
Allahumma sholli ala Muhammad.
No comments:
Post a Comment