Sunday, January 13, 2013

MINGGU MAHABBAH RASULILLAH (MIMRA) 2013






12 Rabiul Awwal merupakan tarikh yang pasti tidak akan dilupakan oleh sesiapa pun yang mencintai kekasih Allah ini. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam merupakan rahmat seluruh alam yang merupakan salah satu bukti agung betapa kasihnya Allah kepada hamba-hambaNya. Penutup semua nabi dan rasul, berjuang dengan jiwa dan hartanya demi memastikan Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Air mata mengalir tatkala menyelak sehelai demi sehelai lembaran sirah baginda. Insan yang teramat mulia ini berjuang mati-matian demi menegakkan hukum Allah bersama-sama para sahabat yang setia menemani dan melindunginya.

Namun, bukanlah bermakna kita hanya mengingati Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pada hari kelahirannya sahaja. Tidak, sama sekali. Hanya sekadar untuk menyemai benih kecintaan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Bertitik tolak daripada sambutan ini, kita berusaha untuk menyingkap keindahan akhlak dan peribadi baginda sepanjang hidupnya. Hanya dengan menelusuri kehidupan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam melalui sumber yang sahih, kecintaan yang tulus akan dapat dipupuk, InsyaAllah. Semoga usaha kita bernilai pahala di sisi Allah. Semoga kita akan bersama dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di syurga kelak.

Maka, Minggu Mahabbah Rasulillah (MIMRA) 2013 anjuran Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) bersama kerjasama Sekretariat Pelajar Pengajian Islam (SPPI) telah dirangka di peringkat IPG Kampus Raja Melewar yang bertemakan Hubbur Rasul Teras Kecintaan Hakiki. MIMRA merupakan program sambutan mawlid Rasulillah.

MIMRA yang bakal diadakan pada 21 Jan - 24 Jan 2013 adalah bertujuan untuk mengingati perjuangan baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam menyebarkan risalah Islam dan meninggikan syiar Islam. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam merupakan contoh teladan yang terbaik buat seluruh umat Islam lantaran akhlak terpuji yang telah ditunjukkan oleh baginda. Oleh yang demikian, amat wajarlah untuk kita memperingati tarikh kelahiran kekasih Allah ini sebagai bukti cinta kita kepada Rabb.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang berlangsungnya Minggu Mahabbah Rasulillah ini :

Isnin (21 Januari 2013, 9 Rabiul Awwal 1434H)
> Majlis pelancaran di Dataran Melewar
> Iftar Jamaie di Balai Islam. (Berminat sila hubungi Dzulkarnain 013-6686127)
> Terapi cinta "Kami Belia Cinta Rasulullah" di Balai Islam - 7.45 pm - 8.30 pm


Selasa (22 Januari 2013, 10 Rabiul Awwal 1434H)
> Talk "Law Kaana Bainana" di Balai Islam oleh Ustaz Zulkarnain b. Itam (Pengurus Kem Bahasa Al-Quran, Maahad Ahmadi Gemencheh, Negeri Sembilan) - 8.00 pm - 10.00 pm


Rabu (23 Januari 2013, 11 Rabiul Awwal 1434H)
> Explorace "Law Kaana Bainana" di sekitar kampus - 5.00 pm - 6.30 pm
(Terbuka kepada semua pelajar muslim & non-muslim. Sijil penyertaan disediakan. Berminat sila hubungi Siti Maimunah 013-4918358)
> Kuliah Maghrib oleh Ustaz Muhsinul Nidzam b. Abdullah di Balai Islam


Khamis (24 Januari 2013, 12 Rabiul Awwal 1434H)

< Malam kemuncak "LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH (LMR)" di Balai Kerapatan >

Tentatif LMR :

7.00 pm
: Guru-guru pelatih Islam dan VIP berkumpul di Balai Kerapatan
: Solat Maghrib berjemaah
: Bacaan Yasin & Tahlil Perdana (Berminat sila hubungi Dzulkarnain 013-6686127)
: Solat Isyak berjemaah

9.00 pm
: Aluan pengerusi majlis
: Bacaan doa
: Ucapan Penasihat PGPI
: Ucapan Tuan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar

9.20 pm
: Sajak kelahiran Rasulullah oleh saudara Syed Amirul Haziq bin Syed
Jaafar

9.25 pm
: Qasidah madaih 1 & 2 oleh Kumpulan Qasidah Al-Ghoniyah

9.40 pm
: Persembahan nasyid Kumpulan Al-Jannah IPG Kampus Raja Melewar

10.00 pm
: Qasidah madaih 3 oleh Kumpulan Qasidah Al-Ghoniyah

10.10 pm
: Sajak kewafatan Rasulullah oleh saudari Khairunnisa bt Mahat dan
saudari Aisyah Amirah

10.15 pm
: Tayangan multimedia

10.20 pm
: Penyampaian hadiah dan cenderamata

10.30 pm
: Ucapan penutupan oleh pengarah MIMRA, saudara Nor Azrin bin Norbani

10.40 pm : Jamuan ringan dan bersurai

(Untuk tempahan sewa tapak jualan di Balai Kerapatan (LMR) sila hubungi Fatin Sofia Ithnin, 013-6223823)

Hadirin digalakkan berpakaian mengikut tema :
Guru pelatih lelaki - baju melayu/jubah putih
Guru pelatih wanita - baju kurung/jubah pink

*Sila bawa sejadah sendiri ::.

♥ Sollu 'alan nabi ♥

spead this info by click 'share'

Sebarkan bahagia (^_^)


Mari bersama kita zahirkan rasa kecintaan kita kepada Junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.


~Hubbur Rasul Teras Kecintaan Hakiki~
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.

No comments: